Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Saturday, 17 May 2014

Musim Exam :(

assalamualaikum :)

hello. sekarang nie 17th May 2014, iaitu aku sedang menduduki exam A-level. yes, exam penentu sama ada aku fly atau tak. tapi, haih, entah lah, aku macam dah tak berharap nak fly. sebab macam susah sangat. :'(

tapi, aku kesiankan orang sekeliling aku. semua harap aku fly. tapi aku pun cuma manusia biasa. aku sedar kemampuan aku takat mana. tapi yang lain terlalu yakin yang aku mampu. hurm. takpe lah, aku cuma usaha sehabis baik. :')

okay, sebenarnya nak cerita apa yang aku rasa sepanjang musim exam nie. actually, aku sangat down. entah lah, susah nak cakap kenapa. firstly, mungkin sebab aku tak ready sebab, yeah, you know, A-level is too hard for me. :(

second, aku pressure dengan keadaan rumah. aku penat lah. semua kerja aku kena buat. kalau aku tak buat, mak aku yang buat. masalahnya, orang lain tak boleh nak buat ke? rumah nie bukan aku sorang je anak dara taw. please lah bukak mata korang sama, jangan lah asyik nak harap aku je. aku pun nak time untuk study. :(

third, aku pressure dengan mama aku jugak. mama kalau nampak rumah berselerak, mama bukan marah yang lain, tapi marah kat aku je. hurm, sedih tahu tak. padahal mama dah pesan takyah buat kerja rumah, fokus study je. tapi bila aku buat macam yang disuruh, aku pulak yang kena marah, hurmmmm. :( lepas tu, mama asyik marah pasal suruh aku baca buku. kadang-kadang of course lah aku rebel taknak study sebab bengang kan. pastu kena marah. hurm. aku tidur macam orang normal pun kena marah. dikatanya aku besarkan tidur. padahal aku tidur sehari 6 jam je taw. mama kata orang nak exam tidur dua jam je. masalahnya, aku bukan macam tu. student lain mungkin lah sebab kerja dorang study je. aku? kerja rumah lagi, proses kucing lagi, mana aku tak penat. haish. :(

fourth, masalah kewangan. aku risau aku tak cukup duit untuk survive sampai habis exam. aku punya elaun dah takde. so, aku penat kot fikir macam mana nak survive. balik-balik mintak duit kat mama and kakak, segan kot. sebab tu kot yang buat aku down. hurm.

and lastly, komitmen dengan encik kesayangan lagi. itu pun satu masalah jugak. dia mana nak fokus kerja dia lagi. aku exam aku. kadang-kadang, contact pun sekejap sangat. sampai jadi rindu sangat. dah lah susah nak jumpa dah sekarang. sampaikan aku kadang-kadang termarah kat dia sebab aku serabut sangat. maafkan saya awak. mungkin saya rebel sebab rindukan awak. :(

and okay, sampai sini je nak cerita masalah aku kat blog kesayangan aku nie. at least, dapat lah melegakan hati aku sikit. aku tak tahu nak cerita macam mana masalah aku kat orang, sebab aku jenis pendam. that's why orang selalu tak tahu kenapa aku moody tetiba. dorang ingat aku nak period or period. bukan itu sebabnya, ada terlalu banyak benda aku fikir cuma aku tak sampaikan kat sesiapapun sebab aku tak suka burden orang dengan masalah aku. cukup lah dorang menghadapi masalah dorang sendiri.

cuma, satu je permintaan aku untuk diri sendiri. be strong Elida. coz you'll never know how strong you are until be strong is the only choice you have. assalamualaikum fellas.

No comments:

Post a Comment