Assalamualaikum :)
Pejam celik pejam celik dah nak Ramadhan semula. Allahu, indahnya Ramadhan. Bersyukur sangat kali ini aku masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan.
Tapi, dalam kesyukuran, terselit juga perasaan sedih dalam diri ini. Ramadhan kali ini pasti kurang serinya sebab ini adalah tahun ketiga berpuasa tanpa Mama </3 Kalau dulu, nak berpuasa je, Mama lah orang paling beria nak sambut. Kadang tak faham, apa lah yang seronok sangat nak sambut Ramadhan nie, Mama?
Rupanya banyak. Pahala sangat senang diperoleh di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah. Dan apa yang buat Mama lebih bersemangat adalah juadah berbuka. Masih aku ingat, setiap hari pukul 5, Mama terus memulakan kerjanya di dapur. Hampir dua jam juga Mama masak setiap hari. Tugas aku ialah basuh pinggan dan kemas semula semua perkakas yang digunakan ketika memasak.
Bila waktu berbuka, semua dah tak sabar nak menjamah selera yang Mama masak. Ajaibnya air tangan ibu, walaupun berpuasa dan tak boleh merasa, masakan ibu tetap yang paling hebat. <3
Indah sangat Ramadhan dengan Mama. Apabila di tengah bulan Ramadhan, Mama mesti dah sibuk nak buat kuih raya. Seronok sangat tolong Mama gentel kuih raya. Setiap hari lepas berbuka, mesti makan kuih raya Mama padahal belum raya pun lagi. Haha. XD
Di hujung-hujung Ramadhan, Mama dah sibuk dengan mengemas rumah. Kami adik-beradik semua turut dikerah untuk mengemas rumah. Kerja yang setahun sekali buat pun ada macam tukar langsir, kilatkan tembaga, cat rumah, dan pelbagai lagi. Penat memang penat tapi alhamdulillah, satu kepuasan bila dapat menggembirakan hati ibunda.
Malam raya lah paling penat dan seronok. Malam raya semua busy memasak. Semua kena kerah masuk dapur. Aku selalu ambil bahagian untuk siang sayur-sayuran untuk masak lontong. Lili pula bahagian bahan rendang macam kerisik dan tak dilupakan kuah kacang. Lepas selesai itu, kami tolong Mama untuk buat ketupat pulut pula. Ketupat pulut Mama dibalut dengan daun pisang dan sangat lah sedap :D Abang Fifi pula, dia ditugaskan menjaga nasi impit. Nasi impit makan masa yang lama untuk masak. Jadi, dia ditugaskan bertenggek depan periuk belanga bagi memastikan air nasi impit tak kering. Allahu, memories sangat :'(
Tapi, itu semua dulu. Sekarang kami dah tak merasa lagi semua tu. Mama, sumpah Lida rindu sangat! Lida rindu buat semua nie dengan Mama. Lida rindu nak sambut Raya dengan Mama. :'(
Sekarang, Raya macam dah tak ada erti lagi. Sekarang kami hanya menumpang kasih di rumah Makcik dan Pakcik. Mereka lah yang sudi membuka pintu pada kehadiran kami untuk merasa raya. Alhamdulillah Mama, kami masih lagi rasa penat memasak malam raya tapi entah lah Mama, perasaan tu tak sama. Kadang lida harap sangat Mama ada dengan kami. Tapi takpe lah, Allah lebih menyayangimu Mama.
Maafkan Lida, Mama. Lida selalu takde mood kebelakangan nie sebab rindukan Mama. Hmm. Mama aman di sana ya Mama? Terima kasih sebab hadir dalam mimpi Lida semalam. Terubat sangat rindu di hati nie, alhamdulillah.
Salam Ramadhan, Mama dan Abah. Mama, peluk cium Abah dan Lisa untuk Lida ya? Mmmuuaaahhh! Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaAllah. Assalamualaikum.
Selesai ditulis pada 2:43 am, Monday, 22 May 2017.