Assalamualaikum fellas :)
Dah lama dah aku tinggalkan blog aku nie haha XD bukan apa, aku sekarang nie bukan lagi student yang selalu free *tak lah selalu free*. Aku sekarang dah ada kerjaya aku sendiri. Actually, bersebab sebenarnya aku tinggalkan dunia blog aku nie.
Selepas kehilangan mama, aku banyak mendiamkan diri dari kawan kawan dan semua orang yang aku kenal. Aku just rapat dengan siblings aku and encik kesayangan mihmih. XD Aku kena depression teruk. And so yes, I decide to postpone my studies. I need time to heal myself and sekarang dah pun berlalu selama setahun sebulan pemergian arwah ibu tercinta :'( kau tak tahu weh apa aku rasa bila aku hilang satu-satunya kegembiraan aku, ilham aku, inspirasi aku dan kekuatan aku and so yeah, I decided to change everything and mencari balik diri aku yang dulu.
So, aku pun discuss lah dengan adik-beradik aku yang aku nak postpone study dulu until everything goes smooth macam dulu balik. Kau boleh imagine tak bila mana life kau ditimpa benda buruk bersilih ganti tanpa henti? Kau tak sempat pun nak heal dari problem sebelumnya tapi dah kau kena face benda baru. Tak ke kau rasa semua tu TOO MUCH? And then adik beradik semua pun setuju walaupun banyak desas-desus orang sekeliling yang tak setuju.
"hari tu dah boleh fly ke UK, taknak pergi. lepas tu nak postpone study pulak"
"kenapa nak postpone? kau tak sayang ke future kau?"
"jangan terlalu ikutkan perasaan. sementara ada peluang nie, pergi lah belajar elok elok"
"orangnya pandai tapi taknak further studies. apa lah"
"makin lama umur makin banyak. jangan dah tua baru nak study"
Korang yang condemn aku nie, aku ada beberapa soalan nak tanya kat korang.
"korang ada dengan aku ke time susah senang aku?"
"korang bela aku, bagi aku makan apa semua ke untuk tengok aku masuk uni?"
"aku kacau duit kau ke kalau aku postpone study?"
"dan APA MASALAH KAU KALAU AKU POSTPONE STUDY PUN? TAK GANGGU LIFE KAU KANN?"
Ini lah masalah orang melayu kita. Bila seseorang tu tak fulfil expectations kau, terus kau nak condemn. kejadahnya? memang dia dilahirkan untuk fulfil kau punya expectations ke? lain lah kalau dia anak kau. kbye.
Aku pun tak larat nak complain banyak-banyak so aku just bagi jawapan biar masa menentukan. Allah tahu yang terbaik untuk aku dan terima kasih atas so called "nasihat" kome kome tu. Appreciate sangat :/
And for those yang nak tahu apa aku buat sekarang, aku sedang bekerja di sebuah bank remittance international yang bergaji agak sedap jugak ;p So, you guys nak hantar duit ke country mana apa semua, just find me okay? haha. Australia ke, UK ke, Spain ke, Nigeria ke, Bangladesh ke, Indonesia ke, Nepal ke, apa semua lah, semua ada. Sebut je okay? Hahahaha.
p/s : aku sedang menaip di dalam office bersaksikan cctv di belakang aku. gila tak? hahaha. Okay lah, assalamualaikum !
selesai ditulis pada 2:12 pm,
Jumaat 17 Februari 2016