Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Saturday, 28 December 2013

Cinta? Apa itu Cinta?

assalamualaikum :)

entry kali nie aku nak membebel sikit pasal cinta. :') secara definisi, cinta ada banyak makna, berbeza mengikut individu dan pendapat yang berbeza. depends pada setiap orang untuk menilai cinta tu macam mana. cuma aku kurang senang bila ada yang kata cinta tu menyakitkan dan hanya lah buang masa. buang masa? mungkin megikut keadaan. let say, budak sekolah yang bercinta. oh yes, itu sangat membuang masa. rasanya tak perlu lah kot budak sekolah bercinta. pelajaran lagi penting. but, tipu lah kalau korang tak pernah bercinta masa zaman sekolah. :P itu namanya cinta monyet. haha. kbye.

okay, kembali pada topik utama. mengikut pendapat aku lah kan, cinta tu satu yang misteri. sebab apa? sebab cinta, kita boleh jadi buta. buta apa? orang lain nampak mamat yang kita suka tu punya lah sengkek bagai. tapi bagi kita? "awh, he's perfect. :')" neh, fake gila semua nie. orang lain nampak macam hape dah haa mamat tu. tapi bagi kau, dye perfect sangat kan. :P pelik right? tu lah aku kata cinta tu misteri. haha. XD

next, cinta tu ajaib. kenapa? bayangkan, seorang lelaki yang dulunya kaki arak, kaki clubbing, kaki perempuan tetapi dapat berubah dengan sekelip mata hanya sebab seorang perempuan yang dia cinta. ingat senang ke lelaki macam tu nak ubah habit harian dia semata-mata sebab seorang perempuan? susah taw. unless dia betul betul cintakan perempuan tu. :') sweet kan? tu lah sebabnya cinta tu ajaib. :')

selain dari tu, kenapa sesetengah pihak cakap cinta tu menyakitkan? meh nak kemukakan beberapa hujah untuk sokong statement nie walaupun aku tak sokong. sebab bila seseorang tu dalam percintaan, dia akan care lebih, dia akan overthink. overthink kenapa? ye lah, bila bf or gf dia tak reply text dia ke, tak angkat call ke, mesti dia dah fikir benda bukan bukan. susah bila dapat couple macam tu. #serioustalk. and then, bila dah jadi macam tu, boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. bila dah bergaduh, ha, mula lah. nanges bagai kan. maka, tersimpul lah cinta tu menyakitkan etc. tapi memang, kalau kata putus ke kan, huish, sakitnya tu tak dapat nak digambarkan. :')

okay, tu je lah yang aku nak cerita pasal cinta. sebenarnya banyak lagi. tapi keadaan macam tak menyokong aku untuk bercerita lebih lanjut sebab mak aku nak balik dah. hehe. tapi, ingat satu benda yang aku nak bagi tahu.

"cinta tu anugerah. anugerah dari Tuhan kepada manusia. kenapa anugerah? haiwan dan tumbuhan tak ada cinta. dorang cuma ada kasih sayang je. hanya manusia dianugerahkan cinta. jadi, anugerah tu untuk dinikmati. bukan untuk menghambakan diri. jangan jadi hamba cinta. sebab kita hanya lah hamba-Nya. nikmati lah cinta, bukan jadi hamba cinta." - Elida, 2013.

selesai ditulis pada Sabtu, 28/12/2013 pada 9.18 pm.
bye ! xoxo :)

Tuesday, 21 May 2013

Cerita Lebih Mendalam Tentang Tunas Potensi

holla ! fuh fuh, berhabuk blog. lama tak update kan? haha. okay, lately nie, ramai sangat junior yang apply scholarship Tunas Potensi add aku and tanya macam macam kat aku dalam Facebook aku. wondering, macam mana dorang tahu aku nie one of the scholars? rupanya dari blog aku. hehe. *malu, tutup muka* okay, taknak buang masa panjang panjang, meh, aku as kakak senior, eh? dengan rela hati nak bercerita tentang biasiswa aku nie dengan lebih mendalam. :)

first of all, mesti korang nak tahu kan, apa kelebihan biasiswa nie? macam ramai yang cakap, "takut lahh kak, biasiswa nie baru tubuh kan? takut. tak kenal lagi." alahai dik, tak kenal maka tak cinta. wah, gituu. hehe. back to the topic, yes, memang biasiswa nie baru lagi. and batch aku adalah first batch yang terima biasiswa nie. so, jangan lahh risau okay adik adik? aku dulu pun takut jugak. hehe. jangan risau, biasiswa nie okay, and EXCELLENT ! :) biasiswa nie under kerajaan. dana yang dapat adalah daripada syarikat2 korporat besar Malaysia dan dari kerajaan. so, biasiswa nie adalah bawah kerajaan. :)

next, penempatan kolej or universiti? diberi atau kita pilih? dua dua pun boleh. tapi keutamaan adalah DIBERI. PenerajuEdu akan menempatkan kita kat kolej or universiti yang bagus mengikut skala mereka. jadi jangan lahh risau. mana mungkin PenerajuEdu nak hantar scholars mereka ke universiti cap ayam and unknown. hehe. nama pun scholarship dik oi. tapi kalau nak pilih universiti and taknak univerisiti yang dorang bagi, boleh. make sure adik adik buat surat bertulis dan nyatakan sebab-sebabnya. simple kan?

okay, lepas tu, nak cerita pulak, berapa elaun yang diberi. kolej yang dipilih oleh PenerajuEdu nie, ada yang dah sponsor makanan and ada yang tak. bagi yang dah ada sponsor makanan, elaun setiap bulan akan diberi sebanyak rm250. untuk kolej yang tidak termasuk sekali dengan makanan, akan diberi rm500. tetapi, nak tekankan di sini, mana mana student yang menerima laptop yang diberi oleh yayasan, setiap bulan ELAUNNYA AKAN DITOLAK RM50. in case, bulanan rm500, jadi lahh rm450. kalau bulanan rm250, jadi lahh rm200. faham? takut pulak aku terangkan korang tak faham. hehe.

pasal extra kelebihan biasiswa nie? okay, macam dah mention awal awal tadi, dorang provide laptop untuk students. free laptop dik oi. walaupun bayar rm50 setiap bulan, still rm50 tu duit PenerajuEdu, so, dikira free lahh kan? :) untung kan? so, tak payah risau dah kalau belum ada laptop, sebab confirm PenerajuEdu akan bagi.

PenerajuEdu jugak ada melantik satu NGO untuk menjaga scholarsnya. iaitu SOLS 24/7. SOLS nie lahh yang akan jaga korang nanti. apa yang dye jaga? ha ! nie, kau dengar elok elok. 1st, dorang provide free tutor. kau ada masalah dalam pelajaran? tak dapat catch up? call SOLS, cakap nak tutor untuk subjek subjek sekian. 2nd, dorang bukan cuma membantu dalam subjek akademik, tetapi jugak membantu untuk character build. dorang akan tolong kau untuk pandai communicate, pandai speaking, pandai berhubungan, tak takut apa apa rintangan, semangat kerjasama yang kuat and etc. 3rd, SOLS jugak membantu dalam kaunseling and masalah diri dan emosi. ada masalah emosi? bagi tahu kat SOLS and dorang akan tolong. so, macam mana? best tak scholarship gua?  haha. :D so, program semua nie kerap. ada college visit, weekend programme, semester break programme. :)

besides that, PenerajuEdu jugak ada melantik kat setiap kolej, seorang or dua lecturer untuk pantau scholars nye. pantau kalau kalau ada masalah pelajaran, masalah kehadiran, masalah emosi and etc. see, betapa sayangnya PenerajuEdu kat scholarsnya. :D PenerajuEdu jugak ada menyediakan program untuk students before masuk ke kolej. kira macam warm up lah. hehe. nak tahu lebih lanjut? cari dalam entry aku bertajuk Student Development Programme. 

selain tu, PenerajuEdu jugak fleksibel. lets say, kau tak boleh nak buat program persediaan ke luar negara, kau rasa tak boleh and nak buat asasi je. boleh, takde hal. walaupun kau dah satu semester dalam program persediaan. senang, call PenerajuEdu and nyatakan sebab musababnya. PenerajuEdu takkan buat sesuatu yang menyusahkan scholarsnya. :D

okay, apa lagi erk? ha, keistimewaan yang paling best !! kau akan kenal semua scholarmates kau, orang orang besar PenerajuEdu and, CEO nya sendiri ! CEO dye sangat rapat dengan kitorang. dah macam keluarga. sebab beliau pun anggap kami keluarganya. :') siap panggil dye mama, kakak, kak long and etc. nampak tak keakrabannya? and, kau akan sayang semua scholarmates kau, sebab korang akan jadi family dalam masa sebulan program. sumpah best. trust me. :') aku rindu moment untuk gather semua balek. :')

last but not least, kalau kau dapat scholarship nie, bersyukur lahh. sebab ramai yang nak, ramai yang jealous dengan kitorang. rezeki kitorang kan? so, kalau dapat, hargai kay? jangan hampakan PenerajuEdu. insyaAllah. so, ada nak tahu pape lagi? contact je lahh aku kay. kot kot lahh aku ada terlepas mana2 point penting. hehe. okay, selamat maju jaya dalam pemilihan. :)


Saturday, 23 March 2013


Lembutnya sentuhanmu,
Membelai wajahku,
Membuat ku bersyukur,
Saat bersamamu..

Ku kan selalu ada,
Menemani setiap langkah mu..
Ku tak seindah malaikat yang jatuh di bumi,
Tapi ku akan selalu ada menjadi sayapmu,
Meski aku tak sempurna,
Tapi aku milikmu..

Kau sembuhkan seluruh luka di jiwaku,
Kau malaikat di hidupku,
Kau peluk jiwaku,
Ku kan selalu ada menemani setiap langkahmu..

Indah kan bait-bait kata nie? Nie lahh yang aku nak  bagi kat……. My mom ! hehe.. ape ape? Korang fikir aku nak bagi kat bf ke? Merepek je u all nie taw.. haha.. tade maknanya aku nak cakap macam nie if aku ade bf pown.. *cewah* haha.. if dye da jadi suami, baru lahh boleh aku cakap macam nie.. hihi.. back to main point, sorry, aku memang suka mengarut sometime.. hihi.. sebenarnya nie lagu dari sebuah cerita.. korang tahu cerita ape? Cari sendiri lahh ! haha.. *kejamnyaaaa* hehe.. lagu nie dari sinetron Nada Cinta lahh sayang2 sekalian.. haha.. lagi nie masa Nada nyanyi kat Ricky *aku minat gila babeng kat Ricky tu* haha.. tapi, tapi, tapi, as I said, aku takkan bagi lagu nie kat bf.. malu dowh ! over gila ! laen lahh macam cinta Nada and Ricky tu, tulus aje.. zaman sekarang mana nak cari cinta tulus dowh.. ibarat satu dalam sejuta ! LOL ! haha.. so, setiap kali dengar and nyanyi lagu nie, aku memang tujukan khas kat mak aku.. sebab dye lahh pelengkap hidup aku, slalu ade untuk aku and aku akan selalu ada untuk menjadi sayap dye.. :') wah, giteww ! hehe.. doakan kay? One day, aku nak bagi kad kat dye and sing to her this song.. :') sweet kan ade anak macam aku? Hihi.. aku tahu aku tak sempurna, tapi aku akan cuba jadi yg terbaek di mata mak aku.. amin.. :')



xoxo, Elida.. ;)

Tuesday, 5 March 2013

Kelantan, Here I Come ! :D


Fuh fuh (tiup), berhabuk blog aku nie.. haha.. lama tak update lahh katakan.. mana tak nye, busy weyh ! dengan assignments, test, exams, boleh pecah otak kau tahu? Huhu.. sorry lahh blog, aku selaku tuan kau tak boleh nak buat kau up-to-date always.. hihi.. jangan marah.. :)

Kay, amende aku mengarut nie? Haha.. merepek 24 hours.. hehe.. macam nie, aku nak bagi tahu je, aku excited sebenarnya, sebab weekend nie aku pegi Kelantan ! weeee~ suka suka suka ! :D suka sebab aku nak travel jaoh, plus pulak whole family ada.. ngeee~ suka ! *gediknyee kau elida* haha.. :D okay, back to the story.. aku pegi sana khamis nie, train aku pukul 8 malam.. gila weyh, 1st time naek train nak travel jaoh nie.. haha.. selalu naek kereta je, tapi kali nie, whole family nak merasa macam mana naek train jaoh kan? Hehe.. 13 jam dalam train, okay, tak terbayang macam mana letihnye tu.. by the way, aku bukan amek pakej sit okay? Aku amek katil.. haha.. boleh lahh terbungkang atas katil tu puas-puas sambil layan movie kat laptop, baca novel and bla bla bla.. hihi.. online? Tayah ah bajet weyh, mana nak ada coverage dalam train tu.. soklan pandai pulak dye tanya.. haha.. cerdik seyh.. weeeee~

And nak wish lahh terima kasih kat Aliatul sebab provide aku dengan banyak movies, terima kasih kat kerajaan yang disayangi sebab bagi baucer buku, boleh borong novel banyak-banyak.. eyh? Boros kau kan elida? Patutnye baucer tu kau beli buku akademik, nie tak, beli novel pulak.. alaaaa, lek ahh bro, buku akademik gua da ade bro, nak beli pown, sume sama macam gua da ada.. buat apa nak bazir duit kan? Thanks kat PenerajuEdu merangkup sponsor aku yang taja buku and study aku.. weee~ ;D

Okay lahh, sampai sini aku celoteh dulu.. nanti kesian blog aku sebab berhabuk tak terjaga, so, kena ahh update jugak sekali sekala kan? Kalau ada blog tapi tak reti update, baek kau deactivate je blog kau.. eh? Terasa? Haha.. sorry kawan, gua memang cakap lepas sometimes.. weee~ okay, see ya fellas ! :D

Monday, 18 February 2013

Cerita Sikit Pasal Biasiswa :)


Hey peeps ! lama tak update blog.. busy weyh ! okay, nak cerita sikit nie ! haha, semangat pulak aku nie pown kali nie.. huhu.. bukan apa, bila kita pandang orang yang lebih sikit dari kita, mula lahh rasa tak bersyukur tu muncul.. patutnya rasa macam nie, kita kena elakkan.. memang tak patut kena amek and amal.. so, aku pandang ke belakang.. aku pandang hidup aku yang dulu.. aku bukan lahh dari keluarga yang senang sejak arwah abah aku pergi.. dulu masa arwah ada, boleh dikatakan keluarga aku nie senang.. tapi, kay, stop sampai sini.. :')

Sambung cerita aku balek.. aku  pandang ke belakang, time aku baru habis SPM.. masa tu, berkobar-kobar nak sambung belajar kat kolej or university.. then, result pown keluar bulan tiga.. tengok result, menangis.. menangis untuk banyak benda.. 1st, sebab tak dapat nak kekalkan rekod straight A macam UPSR and PMR.. 2nd, sebab tak dapat penuhkan harapan mama and family.. mama and family berharap gila kowt aku dapat straight A as always, but nak buat macam mana, SPM bukan rezeki aku..

So, duduk tak duduk, a friend suggested to me a scholarship.. katanya, biasiswa nie sesuai dengan kelayakan aku.. which is from Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.. so, I took the challenge.. pegi internet, buka website, mohon.. punya lahh semangat aku buat esei untuk apply biasiswa nie.. ye lahh kan, nie je kowt harapan yang ada selain daripada MARA.. :3 so, dekat tiga jam aku duduk kat McD tu semata-mata nak siapkan esei semua tu.. :3 so, dalam masa tiga minggu, yayasan called aku ! wah, excited gila masa tu ! huhu.. but, bukan teros dapat weyh ! kena lalui next procedure dulu okay? Weee~ so, aku kena panggil untuk ujian.. melalui ujian tu, baru boleh terpilih untuk interview, itu pown kalau kau pass lahh ken? So, Alhamdulillah, aku lulus ujian.. then, wait for the next day untuk interview.. masa tu, mak aih, nervous habes siot ! wehuuu.. >.<

Masa interview, kay, muka buat humble habes nie.. hehe.. J hakikat, memang humble.. *perasan* :D haha.. so, ada dua orang interview aku.. macam-macam jugak lahh aku bersoal jawab dengan dorang.. ada lahh dalam 15 minit aku kena interview.. rasa nak terkencing kau tahu? Brrr~ haha.. dah kenapa? Gembel suda.. weee~ so, aku jawab semua soklan sebaik mungkin and jugak berinteraksi dengan interviewer such as bila dorang tanya aku ade nak tanya pape tak, aku tanya lahh ape aku nak tanya.. haha.. :D so, lepas pandang muka interviewers tu, kay, aku tahu, aku boleh letakkan harapan kat situ sebab muka dorang puas hati dengan aku and macam suka aku.. *perasan lagi* tapi betol weyh ! mesti ah kau boleh agak ken kalau orang tu senang dengan sikap kau ken? J

Hehe.. so, aku pown jalani lahh semua tu.. about 3 weeks jugak tunggu, then, dapat call.. aku dapat weyh ! Ya Allah, masa tu, memang nak menangis.. terlalu gembira.. dah lah masa tu aku sorang sorang kat rumah.. call mama, kakak semua.. huhu.. excited terlebih nyah ! weeee~ hehe.. so, conclusion, aku bersyukur dengan semua yang aku ada sekarang.. nie semua pown hasil usaha aku selama nie..

Cuma aku terkilan sebab ada manusia yang tak puas hati dengan kehidupan aku sekarang.. aku tak tahu lahh kenapa, apa masalah dye semua.. sumpah tak tahu.. boleh dye kata aku berlagak dengan dye? hello? Aku tak call dye pown bagi tahu aku dapat biasiswa nie semua.. yang dye nak jeles and iri hati dengan aku tu da kenapa? Sejak hari pertama aku dapat tawaran biasiswa nie, dye tak habes-habes nak busuk perut dengan aku.. cakap aku berlagak semua.. sikit pown aku tak berlagak ah dengan life aku sekarang.. aku happy and bersyukur ada ah.. Cuma aku menyampah dengan dye, aku rasa tahap da benci + meluat tahap cipan kat dye.. well, sah dye baca entry nie, ye lahh ken, dye tak habes habes stalk aku.. kat facebook tak boleh, kat sini je lahh dye stalk aku.. ntah pape dowh ! manusia desperate kan dye? Patutnya dye jeles ke arah kebaikan, bukan macam nie, nak berdengki bagai.. kay, wahai capital N, sedar lahh diri tu kay? Jangan nak cakap orang berlagak sebab kau tak dapat apa kau nak, tapi kau usaha ah lebih lagi untuk dapat apa yang kau nak.. bukan dengan berdengki and mengutuk orang yang lebih sikit dari kau.. J *pesanan ikhlas untuk kau, readers and aku sendiri* J

Monday, 21 January 2013

Untuk Capital N :)

nasihat ikhlas untuk kau, err, nak mention nama ke? clue je lahh.. capital N, sampai bila kau nak dengki dengan hidup aku? aku tak pernah berlagak dengan kau pasal nie semua, kau je yang rasa macam tu.. malu lahh sikit.. kau kena ingat, setiap apa yang kau cakap, benda tu berpaling kat kau balek.. tak guna dowh kau belajar sampai peringkat STPM semata-mata nak tunjuk kat semua orang yang kau sibuk nak further study, tapi dalam hati kau, niat kau tak ikhlas.. setiap apa orang buat kau tak puas hati.. sebab apa? dalam hati kau tu, kau je yang betol kan? sebab tu bila ada sesiapa yang lebih sikit dari kau, kau nak berdengki segala.. buang lahh sifat busuk perut kau tu kay? tak baek.. tak berkat ilmu kau belajar selama nie kalau setakat nak show off kat mata orang and mencari salah orang je kay? aku doa kau berubah.. tak guna kau pakai tudung, berdakwah segala kalau kau tak ubah perangai dengki, busuk perut kau tu.. kau cakap kau baek segala, tapi asal kau date dengan balak kau kat tempat gelap berduaan? tunjuk gambar kau tengah cium balak kau kat kitorang dengan muka tahap bangga macam dapat 4 flat? apakah? jangan nak berlagak alim kay kalau iman kau tak cukup tinggi.. kay? berubah lahh capital N ! jangan nak dengki and iri hati dengan kehidupan aku.. sebaliknya, muhasabah diri lahh untuk mengejar ke arah kebaikan.. :) btw, kau dengan aku memang tade pape ikatan da kay? walaupown sebagai kawan, memang da tade.. nak anggap classmate and schoolmate pown, haih, malas nak cakap.. kang kau pikir laen kan? aku tahu kau baca nie, sebab kau kan tak habes habes stalk blog aku ken? tak dapat stalk facebook aku, kau stalk blog aku.. sila lahh stalk.. ;) cuma jangan marah and saket hati setiap kali stalk aku kay? haha.. :P padan muka kau capital N ! :P

Thursday, 17 January 2013

15hb January 2013

setiap tahun bila muncul tarikh nie, mesti perasaan bercampur.. 15th January nie, ialah tarikh lahir arwah ayah aku.. korang tahu ape perasaan seorang anak bila tarikh hari jadi ayah dye, dye tak mampu pown nak ucapkan selamat hari jadi? :'( tu sebab arwah ayah aku da kembali ke sisi Allah pada tanggal 30hb April 2009..

2009, tahun tu aku still ingat lagi sampai sekarang.. tahun tu aku kena amek PMR.. boleh kau bayang ape perasaan budak umur 15 tahun yang nak amek exam besar tanpa ayah dye di sisi? :'( masa tu bulan April.. aku ingat lagi, aku ade cakap kat abah aku, kalau aku dapat 8A untuk PMR, aku nak dye belikan aku hadiah.. aku demand sangat masa tu ! aku nak laptop and broadband, padahal baru budak sekolah.. -.-" tapi biasa lahh, aku pown nak manja manja jugak dengan parents aku.. salah?

so, abah cakap, kalau aku dapat 8A, dye akan bagi je apa yang aku nak.. yang aku budak mentah lagi tu, excited lahh time tu.. so, aku pown berazam nak study sungguh sungguh.. nak tebus salah masa form 2 dulu sebab pernah dapat nombor last.. then excited lahh aku study.. tapi tiba tiba, abah mula saket..

abah jadi laen bila dye saket.. semua serba tak kena.. aku ada jugak lahh tanya, abah saket kat mana? tapi abah tak jawab, dye diam je.. masa tu aku tengah urut kepala dye.. aku tanya lahh sebab aku nak urut lahh kat bahagian yang dye saket.. tak tahu lahh abah saket kat mana.. badan abah panas.. aku panggil mama, nak ajak mama bawak abah pegi hospital.. tapi abah takmaw.. puas pujuk..

kitorang adek beradek semua urut abah seharian tak berhenti.. kaki, belakang, kepala, tangan semua lahh.. sampaikan abah tak larat jalan dah sebab terlalu banyak urut.. so, mak aku suggest nak belikan kerusi roda untuk abah.. tapi abah takmaw.. mama nak jugak beli, kitorang adek beradek pown mintak jugak mama beli untuk kesenangan abah nanti.. so, masa pegi farmasi untuk beli, aku duduk dengan abah dalam kereta.. masa dalam kereta tu, aku dengar nafas abah laen.. kuat and laju.. aku tanya abah okay ke.. dye cakap okay.. so, aku tunggu je lahh mak aku.. then kawan abah call, cakap nak datang rumah.. terburu-buru lahh abah ajak balek..

sampai je kat rumah, bagi naek kerusi roda tu, abah takmaw.. nak jalan je katanya.. so, papah lahh abah sampai dalam rumah.. masa borak dgn kawan dye, suara abah dah laen.. cara abah cakap pown laen, macam lidah pendek.. mak aku suruh lahh abah cakap elok elok.. tapi abah diam je.. lepas kawan abah balek, abah mintak kakak aku urutkan kaki dye lagi.. masa tu, tiba tiba, abah macam kena stroke ! mata dye terbuka, mulut ternganga, orang panggil abah tak sahut.. dalam 2 minit camtu, abah okay balek.. memang kami sekeluarga da panik.. so, mama pown tekad da nak bawak abah pegi klinik.. 

masa nak masok kereta tu, abah kena naek kerusi roda baru dye.. tu lahh first time and the last time abah naek.. masa sampai ke hospital, guna kerusi roda hospital punya.. abah kena masok wad, sebab tekanan darah terlalu rendah.. aku esok sekolah, so, mama suruh balek dulu.. then aku pown balek lahh.. dengan kakak aku Lily.. 

bila hantar kitorang, mama kena patah balek ke hospital bawak barang barang untuk keperluan abah kat hospital.. tiba tiba, kakak aku dapat call dari mama.. abah terok ! kena heart attack ! aku terkejut sangat ! abah koma ! :'( memang masa tu tak dapat fikir apa da, memang menangis je.. :'( last sekali aku dapat bercakap dengan abah masa aku cakap bye bye and bg ucapan before aku balek.. tak sangka.. :'( tu borak aku dgn abah yang last sekali.. :'( 

abah koma dari hari isnin sampai hari khamis.. hari khamis, abah dibawa ke hospital seberang jaya untuk dialisis akibat kidney failure.. :'( tapi kakak and mama cakap abah makin positif, sebab abah respons bila kakak aku panggil dye.. dye goyangkan tangan.. aku bersyukur sangat, tak sabar nak tunggu abah sedar dari koma.. tapi....... :'(

30 minit kemudian, aku dapat mesej dari anak saudara aku.. dye cakap "makcu lida, betol ke atok da tade? papa nyiel baru je bagi tahu kat nyiel.." masa tu terkejut sangat.. aku tak tahu pape pown ! aku kat rumah masa tu.. then, mak aku call paklong aku yang kebetulan ada kat rumah jugak, mama inform, abah da tade.. :'( bila paklong ajak pegi hospital sebab abah da tade, rasa nak meraung je masa tu.. :'( kenapa kenapa kenapa? rasa macam hilang akal kejap.. :'(

then..........

*nanti aku sambung cerita.. aku da tak tahan menaip sambil menangis.. :'(

Monday, 7 January 2013

Kecewa Dengan Kau.. Huh.. -.-"

sape "kau" tu? nak aku sebut nama ke weyh? kang aku sebut kang, nanges pulak.. haish.. kau tahu tak, yes, memang aku sebut nama kawan kau tu dalam blog aku, tapi ada ke aku kutuk dye? tade kan? aku just cross out nama dye je.. okay, tu mukadimah je..

next, masa kau baca entry aku yang tu, suka lahh kau kan? nama kau ada, gambar kau ada, kisah kau pown ada.. kau tahu kenapa aku tulis entry pasal kau? sebab aku anggap kau kawan aku dowh ! kau ken sweet sweet je dengan aku.. tapi apa masalah kau nie? sampai nak talam dua muka? hello ! kalau kau marah sebab aku cross out nama kawan kau tu dalam blog aku, kau cakap je lahh kat aku.. tapi masa lepak hari tu, kau buat macam biasa je.. macam tak kisah..

kau jangan ingat aku tak tahu yang kau like status dye bila dye kutuk aku.. aku tak kutuk dye, apa masalah dye? tak cukup ke aku tak approve friend request dari dye, adek dye and balak dye tu? da kenapa nak stalk aku segala? and untuk kau capital N ! apa masalah kau? tak payah lahh nak stalk life aku segala.. kau tak puas hati apa? kalau tak puas hati, meh jumpa aku.. bagi masa, hari, tarikh, bulan, tahun.. aku tunggu ! aku da lama sabar dengan kau nie.. tak cukup cukup ke masalah kau bawak? yang kau tak puas hati dengan kehidupan aku kenapa? kau jeles sebab orang laen punya life better dari kau? so? patutnya kau jeles ke arah kebaikan dowh ! tekad dalam hati nak ada life macam tu jugak, bukannya kau kutuk cerca orang tu ! takkan yang tu mak kau tak ajar kowt? gila lahh kau nie.. meh aku hantar ke Tanjung Rambutan.. :)

aku rasa mesti kau baca entry aku yang nie kan weyh? ye lahh ken, kau tak habes habes nak stalk aku segala.. well, sila lahh panas hati sebab entry nie memang untuk kau.. aku taknak da mention nama kau, buat semak je kat blog aku.. kenapa? marah? pegi mampus ! gua tak kisah kalau lu nak mampus ke apa ke, lu bukan sape sape dalam hidup gua ! chow ! -.-"

khas untuk kau Capital N ! :)

Friday, 4 January 2013

Luahan Hati Seorang Student.. Erk? :)


hurm, susah jugak hidup tanpa internet nie.. adududu.. sengsara kau tahu? kalau takat tak boleh berfacebook and blogging, takpe lahh lagi, tapi kalau dah sampai tak boleh nak buat research untuk assignments aku, apa cerita bro? mula lahh nak bebal segala.. humph.. kay, aku tahu, aku tak boleh nak bebal segala, sebab aku sendiri da nekad taknak bawak broadband and nak usaha all by my own, tapi baru aku tahu, life without internet COULD be sucks dude ! it just COULD BE okay? kalau dulu masa zaman sekolah, boleh lahh tak nak pakai internet, kalau nak internet pown, setakat nak ber-myspace and ber-facebook aje lahh masa tu.. tapi sekarang? world had changed dude ! tade internet tu umpama tade handphone kau tahu? huh.. -.-"

kay elida, stop whining ! brrrr~ sengsara weyh ! lepas nie kalau aku nak guna internet, aku nak kena stay back dekat kampus.. what the? tak penat ke life aku nie kalau nak kena selalu stay back kat kampus semata-mata nak guna internet? padahal student laen sume guna internet by their smartphones, iPad, iPhone, aku? takat laptop aje lahh.. kay Elida, please bersyukur sikit ! at least, ade jugak kau dengan laptop kau tu.. daripada ada a few yang tade laptop pown, apa kes? so, please, bersyukur sikit.. grrrrr~ Alhamdulillah, aku bersyukur sebab ade jugak laptop yang berbakti kat aku nie.. tapi aku dalam proses kumpul duit lahh, nak beli tablet.. senang sikit dowh kalau ade tablet.. huhu.. doakan aku mampu kay?

kay, bukan takat nak cerita pasal tade internet je.. nak cerita jugak.. korang tahu, aku happy kat Intec sekarang although ade jugak sedihnya sebab berpisah dengan Penerajuans here.. but, nak buat camne kan? life must go on peeps ! so, aku decide lahh, yang aku nak happy kat Intec.. Alhamdulillah, Tuhan da makbulkan doa aku.. I manage to get friends here.. dengan roommate pown aku da happy and rapat, wah, gitu ! kelas kau jah ! :D tapi ken, dengan housemate, tak berapa nak rapat.. tak tahu lahh kenapa, maybe sebab dye more to her friends kowt? ye lahh kan, bila aku dgn roommate aku berborak, dye tak join sekali.. so, what can I do? please doakan dye makin rapat dengan kitorang okay? amin..

okay lahh, cukup sampai sini lahh aku berleter kay? hehe.. nanti kau bosan pulak baca amende yang aku berleter nie.. grrrr~ haha.. okay fellas, see ya soon !