Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Monday, 28 April 2014

kebangkitan yang aku perlukan :')

aku sangka diri aku ini lemah,
tapi ternyata ramai yang menyangka aku mampu.

mampukah aku?
memikul segunung harapan yang diberi oleh keluarga,
memikul harapan yang diberi oleh encik kesayangan,
memikul harapan dari sahabat handai,
mampukah aku?

ya, tak mudah.
apa kau ingat senang nak survive A-level?
aku hampir putus asa suatu ketika dahulu.

namun,
dorongan dan sokongan dari ahli keluarga,
dari mereka yang tersayang,
dari pihak penaja,
aku masih berdiri teguh memikul A-level,
yang lebih berat dari apa yang aku sangkakan.

wahai hati,
exam A-level semakin menghampiri,
tetapkan pendirianmu,
kukuhkan disiplinmu,
buangkan perkara yang tidak penting,
struggle, excel, you'll be the best.

ya, memang mudah menyusun atur bicara,
kerana bahu yang menanggung lagi menderita,
tetapi,
kerana semangat dan harapan itu,
membuat aku terus bangkit,
bangkit menghadapi apa jua cabaran.

cabaran yang bertubi menghalang perjalananku,
dengan susah aku menepis,
dengan air mata aku hadapi,
sehingga ke tahap ini.

tetapi wahai hati,
apa kau mahu mengalah?
mengalah dari segala pengorbanan yang telah engkau lakukan?
daripada semester 1?
bangkit lah wahai Elida.

bangkit lah, bangkit lah,
fikirkan keluargamu, orang tersayang, sahabat handai,
tidak lupa juga kepada penaja yang membuka ruang rezeki dari Allah swt.

suatu saat nanti di kala kau membaca ini di saat keluarnya result A-level mu,
sedar lah, ketahui lah,
apa kau berada di dalam kategori gembira atau penyesalan yang tiada kesudahan.

coretan buat diri sendiri,
agar tidak alpa,
agar tidak leka,
agar sentiasa sedar siapa diri aku ini yang sebenar.

aku cuma insan yang lemah,
yang sentiasa memerlukan kekuatan,
pimpinlah aku,
bimbinglah aku,
nasihatilah aku.

berusaha lah Elida ke arah kebaikan,
dan ke arah masa depan yang cerah bersama keluarga.
insyaAllah.
amin amin amin ya rabbal alamin.

selesai ditulis pada 28hb April 2014,
Isnin, 1.30 am.