Assalamualaikum :)
Pejam celik pejam celik dah nak Ramadhan semula. Allahu, indahnya Ramadhan. Bersyukur sangat kali ini aku masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan.
Tapi, dalam kesyukuran, terselit juga perasaan sedih dalam diri ini. Ramadhan kali ini pasti kurang serinya sebab ini adalah tahun ketiga berpuasa tanpa Mama </3 Kalau dulu, nak berpuasa je, Mama lah orang paling beria nak sambut. Kadang tak faham, apa lah yang seronok sangat nak sambut Ramadhan nie, Mama?
Rupanya banyak. Pahala sangat senang diperoleh di bulan Ramadhan ini. Alhamdulillah. Dan apa yang buat Mama lebih bersemangat adalah juadah berbuka. Masih aku ingat, setiap hari pukul 5, Mama terus memulakan kerjanya di dapur. Hampir dua jam juga Mama masak setiap hari. Tugas aku ialah basuh pinggan dan kemas semula semua perkakas yang digunakan ketika memasak.
Bila waktu berbuka, semua dah tak sabar nak menjamah selera yang Mama masak. Ajaibnya air tangan ibu, walaupun berpuasa dan tak boleh merasa, masakan ibu tetap yang paling hebat. <3
Indah sangat Ramadhan dengan Mama. Apabila di tengah bulan Ramadhan, Mama mesti dah sibuk nak buat kuih raya. Seronok sangat tolong Mama gentel kuih raya. Setiap hari lepas berbuka, mesti makan kuih raya Mama padahal belum raya pun lagi. Haha. XD
Di hujung-hujung Ramadhan, Mama dah sibuk dengan mengemas rumah. Kami adik-beradik semua turut dikerah untuk mengemas rumah. Kerja yang setahun sekali buat pun ada macam tukar langsir, kilatkan tembaga, cat rumah, dan pelbagai lagi. Penat memang penat tapi alhamdulillah, satu kepuasan bila dapat menggembirakan hati ibunda.
Malam raya lah paling penat dan seronok. Malam raya semua busy memasak. Semua kena kerah masuk dapur. Aku selalu ambil bahagian untuk siang sayur-sayuran untuk masak lontong. Lili pula bahagian bahan rendang macam kerisik dan tak dilupakan kuah kacang. Lepas selesai itu, kami tolong Mama untuk buat ketupat pulut pula. Ketupat pulut Mama dibalut dengan daun pisang dan sangat lah sedap :D Abang Fifi pula, dia ditugaskan menjaga nasi impit. Nasi impit makan masa yang lama untuk masak. Jadi, dia ditugaskan bertenggek depan periuk belanga bagi memastikan air nasi impit tak kering. Allahu, memories sangat :'(
Tapi, itu semua dulu. Sekarang kami dah tak merasa lagi semua tu. Mama, sumpah Lida rindu sangat! Lida rindu buat semua nie dengan Mama. Lida rindu nak sambut Raya dengan Mama. :'(
Sekarang, Raya macam dah tak ada erti lagi. Sekarang kami hanya menumpang kasih di rumah Makcik dan Pakcik. Mereka lah yang sudi membuka pintu pada kehadiran kami untuk merasa raya. Alhamdulillah Mama, kami masih lagi rasa penat memasak malam raya tapi entah lah Mama, perasaan tu tak sama. Kadang lida harap sangat Mama ada dengan kami. Tapi takpe lah, Allah lebih menyayangimu Mama.
Maafkan Lida, Mama. Lida selalu takde mood kebelakangan nie sebab rindukan Mama. Hmm. Mama aman di sana ya Mama? Terima kasih sebab hadir dalam mimpi Lida semalam. Terubat sangat rindu di hati nie, alhamdulillah.
Salam Ramadhan, Mama dan Abah. Mama, peluk cium Abah dan Lisa untuk Lida ya? Mmmuuaaahhh! Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. InsyaAllah. Assalamualaikum.
Selesai ditulis pada 2:43 am, Monday, 22 May 2017.
Monday, 22 May 2017
Friday, 24 March 2017
Ya Tuhan, Kau Permudahkanlah :)
Bulan berganti bulan..
Hari kian berlalu pantas..
Degupan di jantung makin berdetak kuat..
Hari yang dinanti bakal menjelang tidak lama lagi..
Hari ini 24 Mac 2017. Mengikut kiraan tidak rasmi aku, kami masih mempunyai lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi. Ia tidak lah lama.
Persediaan? Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Hubungan kami? Tipu lah jika tiada sebarang salah faham tapi alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Benar lah kata orang, dugaan bertunang itu sangat hebat.
1 April bakal menandakan genap setengah tahun pertunangan kami. Cepat sungguh masa berlalu. Ramai yang mendoakan baik-baik untuk kami. Alhamdulillah syukur. Tapi, apa yang kami lalui, tiada siapa yang tahu.
Hari ini, aku rasa sayu. Aku terharu dengan segalanya. Esok, aku akan ke kubur mama untuk bersihkan kuburnya. Sudah lama kami tidak menziarah mama. Ketika aku sibuk untuk menguatkan diri untuk hari esok, aku baru tersedar.
Selama ini, di saat aku jatuh, ada dua tangan yang tidak pernah jemu mendukung aku. Mereka lah kekuatan aku di saat aku tiada lagi ibu dan ayah. Benar, aku masih punya ramai yang menyayangi aku tetapi di saat jatuhku, mereka tidak mampu berada di sisi melainkan hanya dua insan ini yang paling aku hargai.
Setengah tahun juga aku menganggur. Aku hanya mencari rezeki separuh masa sahaja dengan mengajar tuition. Bagaimana aku hidup dengan keadaan tiada duit? Siapa yang membela aku? Di saat aku tidak punya apa-apa, mereka masih kekal di sisi aku. Di saat aku sakit seperti kehilangan nyawa, mereka juga tidak pernah jemu mendukung aku agar terus kuat meneruskan kehidupan ini.
Duhai kakakku sayang, Lili Aina, terima kasih. Terima kasih kerana menjadi anugerah terindah dari mama dan abah untuk Lida. Tanpamu, aku tak yakin aku boleh meneruskan hidup ini. Kamu lah yang banyak membantu aku di kala susah dan senang. Selalu ingatkan aku di kala kamu bergembira ataupun susah. Senangmu maka senanglah aku. Susahmu maka susahlah aku. Aku tidak pernah mengeluh. Aku bersyukur kerana Tuhan hadirkan kau sebagai seorang kakak terbaik untukku. Kau lah pendengar setia. Kau lah tempatku mengadu. Allah, jagakan ikatan kami berdua selamanya <3
Aku berjanji untuk sentiasa menjagamu selagi hayat dikandung badan <3
Selain dia, ada lagi satu insan yang sentiasa di sisi ketika susah dan senang. Dia lah separuh jiwaku. Muhamad Afiq, tunanganku dan bakal suamiku insyaAllah. Wahai Encik Tunang, terima kasih kerana selalu berada di sisiku di kala susah dan senang. Di kala aku sakit dan sihat. Yang tidak pernah jemu untuk terus mendukung aku. Yang sabar melayan kerenah gila aku. Kerenah mengadaku. Kerenah marahku. Baranku. Mengadaku. Semuanya engkau bersabar di atas satu sebab iaitu kasih sayang. Jujur ku akui, aku tidak mungkin bisa jumpa lelaki yang bisa menyayangiku seperti engkau menyayangiku.
Hari indah kita bakal tiba. Jangan lah engkau khuatir. Percaya pada rezeki Allah. Percaya pada niat tulus kita dalam membina masjid. InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Wahai sayang, sekiranya aku sering membuat engkau marah, maka tegurlah aku. Sekiranya aku tidak lagi bisa menjadi penenangmu, maka ingatkan lah aku. Jika aku sudah melanggar janji, maka nasihatilah aku. Aku tidak bisa mengkhabarkan bagaimana sayangnya aku kepadamu di atas kasih sayangmu pada aku, tapi aku tahu satu, aku sayang kamu lillahitaala. Kerana Allah. Dan dengan itu aku sering berdoa, agar Tuhan permudahkan segalanya untuk kita dan moga kau lah jodohku selamanya. Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih untuk segalanya sayang, Muhamad Afiq <3
Apa-apa pun, aku sentiasa doa agar kita semua berada di bawah lindunganNya. Semoga apa sahaja yang kita hajatkan akan dipermudahkan dan pentingkan lah nawaitumu. InsyaAllah. Salam sayang, moga kita bertemu lagi. <3
Wednesday, 15 March 2017
Aku Rindu Keluarga yang Lengkap
Bangun pagi.
Buka mata.
Hati rasa sebal.
Jam menunjukkan pukul 5.15 pagi.
Cuba untuk lelapkan mata semula. Tiba-tiba.....
Bayang-bayang mama bermain-main di mata. Terdengar suaranya memanggilku mesra. Seakan ingin mengkhabarkan kerinduannya padaku. Sebak.
Tarikh menunjukkan 14 March 2017 (semalam). Hmm, tanpa aku sedar, sudah hampir dua tahun dua bulan pemergian mama. Dan hari ini genap lah dua tahun dua bulan.
Allah. Sebaknya di hati. Mama, jika mama masih ada, pasti keadaan kami lebih tersusun atur seperti selalu. Kerana Mama lah yang sentiasa meniupkan semangat pada kami semua di pagi hari.
Sakit. Sakitnya hidup tanpamu Mama. Celiknya mata di pagi hari tanpa mendengar kejutanmu. Melangkah keluar tanpa pamitan salammu. Menjamah makanan tanpa air tanganmu. Mengemas rumah tanpa ajaranmu. Membuat keputusan tanpa doronganmu. Sakit demam tanpa belas ihsanmu. Kesalahan tanpa bebelanmu. Allahu.
Dulu, bebelanmu lah yang paling aku rasa menjengkelkan. Tapi kini, bebelanmu lah yang paling aku rindui, Mama.
Menitis air mata di saat terkenangkan segala kenangan manis bersama. Allah, kau jaga lah ibuku dengan baik di sana seperti mana dia menjaga kami semua di dunia dari sebesar tapak tangan. Tidak lupa juga untuk ku titipkan doa buat ayahanda di sana. Abah, berbahagia lah dengan Mama dan Lisa di sana.
Tunggu kepulangan kami agar dapat kita bersatu kembali seperti dahulu.
Salam sayang dari anak yang terlalu merinduimu dan keluarga kita yang lengkap.

Ini lah keluargaku yang lengkap. Abah, Mama, Fifi, Nina, Lisa, Lily dan aku.
InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan berkumpul balik seperti dahulu. Amin.
Friday, 3 February 2017
Assalamualaikum 2017 :)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas pada tahun baru ini iaitu 2017! Selamat datang 2017! Hmm, sedar tak sedar dah bulan February dah pun. Hihi. Masih belum terlambat lah kot kan nak wish Happy New Year? Hihi.
Tahun baru harus lah ada azam baru kan. Taknak mintak banyak pun untuk tahun nie tapi cukup lah diberi kebahagiaan dari segala segi (kewangan, cinta, kekeluargaan dan persahabatan). Rasanya baru je berdentam-dentum bunga api New Year, tiba-tiba dah February. Eh? Oh masa, tolong lah jangan cepat berlalu. Kita nie makin nervous menghitung hari! Hihi.
Alhamdulillah, tarikh dah dapat! :) Sekarang tengah busy dengan preparations dan kumpul duit. Luls. Kan senang kalau dalam akaun bank dah ada banyakkkk duit so takde dah nak pening-pening fikir pasal duit. Haha. Hmm, tapi harapan je lah. Kos sara hidup makin tinggi. Harga minyak petrol setiap bulan naik. Thanks Jibby! >.<
Apa-apa pun, kena fokus untuk cari pendapatan lebih dan fokus untuk persiapan. Persiapan wedding bukan senang tahu? >.< Kawan-kawan, doakan segala urusan kami dipermudahkan ye? InsyaAllah. Nanti kitorang akan buat official announcement kepada para jemputan :)
Sampai sini, jumpa lagi nanti! :D
Selesai ditulis pada 1:24 PM, 3 February 2017.

Subscribe to:
Posts (Atom)