Hari kian berlalu pantas..
Degupan di jantung makin berdetak kuat..
Hari yang dinanti bakal menjelang tidak lama lagi..
Hari ini 24 Mac 2017. Mengikut kiraan tidak rasmi aku, kami masih mempunyai lebih kurang beberapa bulan sahaja lagi. Ia tidak lah lama.
Persediaan? Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Hubungan kami? Tipu lah jika tiada sebarang salah faham tapi alhamdulillah, semuanya baik sahaja. Benar lah kata orang, dugaan bertunang itu sangat hebat.
1 April bakal menandakan genap setengah tahun pertunangan kami. Cepat sungguh masa berlalu. Ramai yang mendoakan baik-baik untuk kami. Alhamdulillah syukur. Tapi, apa yang kami lalui, tiada siapa yang tahu.
Hari ini, aku rasa sayu. Aku terharu dengan segalanya. Esok, aku akan ke kubur mama untuk bersihkan kuburnya. Sudah lama kami tidak menziarah mama. Ketika aku sibuk untuk menguatkan diri untuk hari esok, aku baru tersedar.
Selama ini, di saat aku jatuh, ada dua tangan yang tidak pernah jemu mendukung aku. Mereka lah kekuatan aku di saat aku tiada lagi ibu dan ayah. Benar, aku masih punya ramai yang menyayangi aku tetapi di saat jatuhku, mereka tidak mampu berada di sisi melainkan hanya dua insan ini yang paling aku hargai.
Setengah tahun juga aku menganggur. Aku hanya mencari rezeki separuh masa sahaja dengan mengajar tuition. Bagaimana aku hidup dengan keadaan tiada duit? Siapa yang membela aku? Di saat aku tidak punya apa-apa, mereka masih kekal di sisi aku. Di saat aku sakit seperti kehilangan nyawa, mereka juga tidak pernah jemu mendukung aku agar terus kuat meneruskan kehidupan ini.
Duhai kakakku sayang, Lili Aina, terima kasih. Terima kasih kerana menjadi anugerah terindah dari mama dan abah untuk Lida. Tanpamu, aku tak yakin aku boleh meneruskan hidup ini. Kamu lah yang banyak membantu aku di kala susah dan senang. Selalu ingatkan aku di kala kamu bergembira ataupun susah. Senangmu maka senanglah aku. Susahmu maka susahlah aku. Aku tidak pernah mengeluh. Aku bersyukur kerana Tuhan hadirkan kau sebagai seorang kakak terbaik untukku. Kau lah pendengar setia. Kau lah tempatku mengadu. Allah, jagakan ikatan kami berdua selamanya <3
Aku berjanji untuk sentiasa menjagamu selagi hayat dikandung badan <3
Selain dia, ada lagi satu insan yang sentiasa di sisi ketika susah dan senang. Dia lah separuh jiwaku. Muhamad Afiq, tunanganku dan bakal suamiku insyaAllah. Wahai Encik Tunang, terima kasih kerana selalu berada di sisiku di kala susah dan senang. Di kala aku sakit dan sihat. Yang tidak pernah jemu untuk terus mendukung aku. Yang sabar melayan kerenah gila aku. Kerenah mengadaku. Kerenah marahku. Baranku. Mengadaku. Semuanya engkau bersabar di atas satu sebab iaitu kasih sayang. Jujur ku akui, aku tidak mungkin bisa jumpa lelaki yang bisa menyayangiku seperti engkau menyayangiku.
Hari indah kita bakal tiba. Jangan lah engkau khuatir. Percaya pada rezeki Allah. Percaya pada niat tulus kita dalam membina masjid. InsyaAllah, Allah akan permudahkan. Wahai sayang, sekiranya aku sering membuat engkau marah, maka tegurlah aku. Sekiranya aku tidak lagi bisa menjadi penenangmu, maka ingatkan lah aku. Jika aku sudah melanggar janji, maka nasihatilah aku. Aku tidak bisa mengkhabarkan bagaimana sayangnya aku kepadamu di atas kasih sayangmu pada aku, tapi aku tahu satu, aku sayang kamu lillahitaala. Kerana Allah. Dan dengan itu aku sering berdoa, agar Tuhan permudahkan segalanya untuk kita dan moga kau lah jodohku selamanya. Amin ya rabbal alamin.
Terima kasih untuk segalanya sayang, Muhamad Afiq <3
Apa-apa pun, aku sentiasa doa agar kita semua berada di bawah lindunganNya. Semoga apa sahaja yang kita hajatkan akan dipermudahkan dan pentingkan lah nawaitumu. InsyaAllah. Salam sayang, moga kita bertemu lagi. <3


No comments:
Post a Comment