Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Monday, 26 May 2014

Penantian Itu Suatu Penyiksaan

assalamualaikum.

pernah rasa tak seksa menunggu tu? pernah rasa tak? seksa kan menunggu. yang aku nak cakap sekarang nie bila aku kena tunggu seseorang semata-mata untuk spend time dengan dia. seksa taw tak menunggu.

aku tak mintak banyak pun. aku tak suruh dia bawak aku jalan-jalan ke, makan-makan ke, calling-calling ke, cukup sekadar text. tapi, haih, entah lah.

tambah sentap bila cara dia cakap macam terpaksa layan aku. sentap doe. dia tak rasa dia tak tahu. sebab dia tak pernah tunggu aku. aku je tunggu dia.

satu lagi, dear guys, sesiapapun awak asalkan lelaki, ingat sikit ea, perempuan paling tak suka lelaki yang besarkan tidur. apa-apa sikit, tidur lagi mustahak. ingat kami perempuan tak kena tidur ke? kami kena tidur jugak. tapi kami takde lah besarkan tidur macam korang.

esok dah kahwin, memang hari-hari perang dengan bini sebab sikap suka tidur korang. balik kerja, terus nak tidur, susah lah. hal rumah semua bini nak kena handle. masak untuk korang, jaga anak lagi. kalau bini korang tak kerja takpe, kalau kerja? pernah fikir tak?

perempuan korbankan tidur untuk hal kehidupan. korang pun kena buat yang sama. tambah pulak dah ada orang kesayangan, kena lah fikir jugak nak spend time dengan dorang.

sebab sayang je diamkan. kalau tak, memang mengamuk dah. takpe, tunggu genap setahun, nak tengok macam mana pulak sikap dia.

jujur dari aku yang bengang.

Sunday, 25 May 2014

Mama, restu ke? haha. :D

assalamualaikum. :)

tadi masa tengah berborak dengan mama, and mama was like "boyfriend tak call ke hari nie?" and aku jawab, "hurm, tak."

jeng jeng. hamboi mama, pandai serkap jarang ye. >.< mama mula lah keluarkan seribu satu soalan pasal Afiq. and aku dah macam kena interview dengan polis tahu? haha.

"dia tak mintak kapel lagi ke?"
"tak dah. dia tahu lida tengah exam"
"boleh tahan jugak rupa dia. hensem."
"haha. boleh tahan lah mama, not bad."
"mama tengok dia baik. sopan budaknya. tak meninggi diri."
"haha. kannn !"
"dia tu kira baik lah. dari muka dah boleh tengok perangai lahabau ke tak."
"hurm, tu lah. dia baik. pandai jaga hati lida."
"dia tak cakap nak datang lagi ke?"
"ada. tapi lida kan tengah exam. tapi, kesian tengok dia. asyik ikat perut nak simpan duit."
"lah yeke? bagus budaknya. pandai menyimpan duit. senang esok."
"tu lah. simpan duit sampai sanggup tak makan. padahal dia suka makan kot ma."
"takpe lah, nanti mama dah berhenti kerja, mama masak, ajak dia makan sini hari-hari."

hari hari? fuyoooooo. 

"haha. hari-hari ma?"
"haah. tak luak pun dia sorang makan. lepas kerja boleh makan sini. ke masa dia rehat ke. pukul berapa dia rehat?"
"tak tentu lah ma. kadang-kadang dia tak rehat pun. kuat betul kerja."
"bagus dia tu. komited dengan kerja."
"kannnn. *cucuk jarum sikit* lagi pun, common sense dia tinggi."

mehmeh. sempat lagi cucuk jarum. haha. conversation continue.

"oh yeke? dia buat apa sampai adik kata macam tu?"
"dia kalau kakak dia balik KL, dia tolong lah kemas rumah. pinggan dalam sink dicuci, kemas rumah apa semua. pastu, kalau lampu rosak, dia betulkan. tak tunggu kakak or abang ipar dia buatkan."
"wahhh, bagus macam tu. sense of humor tinggi."
"pastu, dia nak bayar jugak duit bil elektrik and air. tapi kakak dia tak bagi."
"kenapa kakak dia tak bagi? pastu?"
"taknak menyusahkan dia lah kot. dia kata nanti next bill datang, dia nak bayar senyap-senyap. takyah tunggu kakak dia. nanti bagi ke receipt dah bayar."
"macam tu lah bagus. perangai lelaki kena macam tu. ada sifat ketua. tak perlu disuruh."

hurmmm, banyak nie mama puji. haha. pandai jugak gua masuk kan isi mana yang sesuai. but, gua tak tipu kay. memang dia buat semua tu. *blushing*

"tapi lida nampak lah effort dia untuk lida ma."
"kann. suka betul dia kat adik."
"dia kan ma, setiap apa yang lida cerita, semua dia ingat. lida pun tak ingat apa dia cerita. haha."
"tu nampak sangat lah dia suka kat adik. tu yang setiap apa yang adik cerita, dia ingat."
"haha. agaknye lah. tak sangka dia boleh ingat rumah kita."
"tu lah. mama pun expect dia akan call tanya yang mana satu rumah kita. haha."

hamboi mama, excited. haha.

"mama cerita kat gardener yang adik dah ada boyfriend."
"ha? mama cerita? lah, dah kenapa mama cerita kat dia?"
"saja je. nak tahu tak dia cakap apa?"
"dia cakap apa?"
"dia kata, laki tu nak kat adik sebab kesian kat adik. adik gemuk, takde laki nak. so, laki tu kesian kat adik, tu yang dia nak kat adik. mama kata lah tak. sebab mama pun nampak effort Afiq tu kat adik."
"amboi, mentang kita gemuk, pandang rendah pulak. dia pun gemuk jugak. *bengang*"
"hahaha. dia kata laki dia kahwin dengan dia pun sebab kesian. mama tanya lah, dah tahu laki tu tak sayangkan awak, buat apa nak kahwin dengan dia."
"entah, bengong punya gardener."

satu, mama excited sampai cerita kat orang anak dia ada boyfriend. -,-"
dua, mama tahu macam mana nak menangkan anak dia depan orang yang pandah rendah kat anak dia. yeay ! \(^.^)/

"nanti mesti semua orang terkejut adik dah ada boyfriend. makngah apa semua."
"hahahaha. mama nie, ke situ pulak. lambat lagi tu." ajet ajet belum kapel. >.<
"Afiq tak kata nak ikat tunang dulu ke sebelum adik pegi UK?"
"OMG mama, that's too far. hahaha. belum sampai tahap tu lagi. haha."
"ala, Afiq mesti dah ada peracangan dengan adik."
"entah lah ma, tak fikir pun sampai tahap tu lagi. jauh sangat dah mama fikir nie. haha."

can you see it? mama agak beria pasal Afiq. sampai ke level tunang? OMG ! *nganga mulut*

"Afiq kata apa lagi?"
"ada dia tanya, pinangan berapa ribu. lida kata lah nak pinang siapa? dia kata nak pinang Elida Suhana. haha. lida kata lah tak tahu, kenapa? dia kata nak simpan duit dari sekarang."
"fuyoooo dik, gila lah. macam mana kalau dia betul-betul simpan duit nak kahwin dengan adik?"
"hahaha. kami tak fikir lagi sampai tahap tu ma. nie baru nak rapat. haha."
"haha. mana lah tahu kan. kira terer lah adik nie. fuyoooo."

hahahaha. mama, nampak sangat mama excited nie. everything pasal Afiq mama tanya. and conversation yang aku masukkan nie, tak full. tu belum aku tulis mama tanya Afiq berapa beradik, kakak dia muka macam dia ke, and bla bla bla soalan remeh-temeh.

insyaAllah mama, kalau dah ditulis di luh mahfuz ada jodoh antara kami, insyaAllah tak ke mana ma. sekarang nie kami sama-sama berjuang untuk kekalkan hubungan kami. memang ada ups and downs mama, tapi kami sama-sama bubuh effort untuk stay together.

Ya Allah, jika benar dia terbaik untukku, satukan lah kami dan permudahkan lah hubungan kami. seandainya dia bukan yang terbaik untukku, berilah aku kekuatan dalam menerima qada' dan qadar-Mu.

awak, sekiranya awak baca, ketahui lah bahawa "harapan" itu sudah ada. saya dan keluarga dah menyenangi kehadiran awak. jangan sia-siakan itu okay? meloveyou. :*

Saturday, 24 May 2014

tak susah nak memahami perempuan ;)

assalamualaikum. :) 

susah ke nak faham perempuan wahai kaum adam? haha. yup, as a girl, aku pun susah nak faham diri aku sendiri kadang-kadang. but guys, korang kena faham sikap perempuan memang macam nie. perempuan selalu menduga hati lelaki dengan mulut lidahnya. bijak betul kaum hawa nie.

"abang, cantiknya baju nie." 

terdapat dua makna yang tersirat dari ayat ini sebenarnya.

satu : "abang, saya nak beli baju nie, tapi mahal."

dua : "abang, hadiahkan lah saya baju nie. pleaseeee."

perempuan memang tak suka cakap secara terus. no offence. so, kaum adam? yang mana satu korang nak jawab nie? kalau korang tafsir ayat yang pertama, mesti respons korang : 

"nanti awak ada duit, awak beli lah ye. tak lari baju nie." 

yes, korang memang sengaja nak perang dunia ketiga if sebenarnya perempuan tu nak korang belikan baju tu. respons perempuan would be like, bagi mengikut ciri-ciri yang :

pendam : "ye lah, nanti saya beli SENDIRI."
cakap lepas : "awak memang kedekut kan. FINE, saya beli sendiri nanti."
marah : "kalau tak kedekut tak sah awak nie. ye lah, saya BELI nanti."

haha. kaum adam, jangan gelabah, kalau nak selamat, fikir lah ayat yang kedua. so, bila awak belikan untuk cinta hati awak, their response will be like :

pendam : "terima kasih sayang. terharu." :')
cakap lepas : "tak sangka abang akan belikan. terima kasih abang. loveyou."
marah (jadi happy) : "auwwwh abang, so sweeet. suka suka. thank you love."

sooo, tak susah pun nak happykan awek korang. haha. tapi, kalau awek korang semua benda dia nak mintak korang belikan, susah jugak. so, korang kena pandai-pandai nego dengan awek korang okay time tu? okay, itu pasal barang.

next, ada yang jenis suka cakap lapik supaya laki tu spend time dengan dia. jadikan cerita, bf dia penat. balik nak rehat. sebab time balik je lah kan bf dia dapat rehat. tapi dia, nak text, nak call, nak skype, bla bla bla. ayat dia akan jadi cenggini.

"kesian abang penat. abang nak rehat? kalau nak rehat, taknak lah ganggu."

maksud tersirat 1 : "kesian abang penat. tapi saya nak spend time dengan abang." :(
maksud tersirat 2 : "abang kena rehat. saya ada hal lain nie. nanti text okay."

hahaha. susah kan korang nak make decision. haha. ala, apa susah, keluarkan je ayat macam nie. perempuan confirm tak marah.

"abang penat, tapi abang nak spend time dengan awak. rindu taw. ke awak ada hal nak buat nie? abang boleh tunggu sampai awak siap kerja awak."

haaaaa, kan sweet gitu. tapi, kesian lah kan bagi yang betul-betul nak rehat. cara terbaik ialah dengan cakap macam nie kalau korang nak rehat.

"ye sayang, abang penat. kalau lah abang tak penat, boleh abang spend time dengan awak. bongok lah tenaga nie taw. abang kena minum red bull hari-hari lah macam nie. boleh kopak abang taw."

so, bila korang cakap macam nie, automatically gf korang akan faham yang korang betul-betul penat and dia akan bagi korang rehat. tapi jangan buat setiap hari k? nanti gf korang rasa tersisih and diabaikan, lagi susah. sebab perempuan nie suka spend time bersama, and dia sangat gembira bila korang sanggup korbankan rehat semata-mata untuk spend time dengan dia. serius beb, trust me. so, kadang-kadang kena korbankan rehat tu k? hihi. *gelak kejam*

okayyy, nak tips lagi untuk memahami perempuan? neh, tanya je okay? Elida sedia membantu. hahahaha. dah ala ala doctor love pulak. ceh. okbye.

Sunday, 18 May 2014

I Miss You :(

assalamualaikum..

entry kali nie buat khas awak. ye, awak. awak mesti tahu siapa awak kan? :') awakkk, saya rindu awakk. :( susah sangat nak jumpa kan sekarang. dapat spend time pun tak lama mana sangat sebab masing masing tengah busy. :(

awak busy dengan kerja awak. saya busy dengan study saya. awak, kita hadapi benda nie sama sama okay? saya pun tahu awak tengah berusaha tahan rindu awak pada saya. :')

awak, terima kasih taw setia melayan kerenah saya. memang saya pulak yang suka rebel kali nie sebab rindukan awak. nasib baik awak tak jemu melayan kerenah mengada saya nie. :')

awak, saya dah lama maafkan kesilapan yang awak buat. saya dah lupakan pun apa yang awak buat. awak jangan ingat lagi benda yang menyedihkan tu okay? saya tahu awak pun berusaha menjaga hati sama macam saya jaga hati awak. cuma kadang-kadang benda nak jadi kan. awak jangan sedih lagi okay? saya sayang awak. jangan ragukan tu okay? :*

lepas saya habis exam, saya harap kita dapat spend time sama-sama. saya rindu nak spend time jumpa awak. rindu sangat-sangat tahu? tapi saya faham komitmen kerja awak macam awak faham komitmen study saya. :') walaupun sedih tak dapat jumpa, saya tetap setia menunggu untuk berjumpa dengan awak. :')

okay awak. jaga diri taw. awak jangan mengada nak skip makan, skip ubat and apa semua taw. saya cubit awak kalau awak degil-degil lagi okay? cepat sembuh sayang. iloveyou :* <3

Saturday, 17 May 2014

Musim Exam :(

assalamualaikum :)

hello. sekarang nie 17th May 2014, iaitu aku sedang menduduki exam A-level. yes, exam penentu sama ada aku fly atau tak. tapi, haih, entah lah, aku macam dah tak berharap nak fly. sebab macam susah sangat. :'(

tapi, aku kesiankan orang sekeliling aku. semua harap aku fly. tapi aku pun cuma manusia biasa. aku sedar kemampuan aku takat mana. tapi yang lain terlalu yakin yang aku mampu. hurm. takpe lah, aku cuma usaha sehabis baik. :')

okay, sebenarnya nak cerita apa yang aku rasa sepanjang musim exam nie. actually, aku sangat down. entah lah, susah nak cakap kenapa. firstly, mungkin sebab aku tak ready sebab, yeah, you know, A-level is too hard for me. :(

second, aku pressure dengan keadaan rumah. aku penat lah. semua kerja aku kena buat. kalau aku tak buat, mak aku yang buat. masalahnya, orang lain tak boleh nak buat ke? rumah nie bukan aku sorang je anak dara taw. please lah bukak mata korang sama, jangan lah asyik nak harap aku je. aku pun nak time untuk study. :(

third, aku pressure dengan mama aku jugak. mama kalau nampak rumah berselerak, mama bukan marah yang lain, tapi marah kat aku je. hurm, sedih tahu tak. padahal mama dah pesan takyah buat kerja rumah, fokus study je. tapi bila aku buat macam yang disuruh, aku pulak yang kena marah, hurmmmm. :( lepas tu, mama asyik marah pasal suruh aku baca buku. kadang-kadang of course lah aku rebel taknak study sebab bengang kan. pastu kena marah. hurm. aku tidur macam orang normal pun kena marah. dikatanya aku besarkan tidur. padahal aku tidur sehari 6 jam je taw. mama kata orang nak exam tidur dua jam je. masalahnya, aku bukan macam tu. student lain mungkin lah sebab kerja dorang study je. aku? kerja rumah lagi, proses kucing lagi, mana aku tak penat. haish. :(

fourth, masalah kewangan. aku risau aku tak cukup duit untuk survive sampai habis exam. aku punya elaun dah takde. so, aku penat kot fikir macam mana nak survive. balik-balik mintak duit kat mama and kakak, segan kot. sebab tu kot yang buat aku down. hurm.

and lastly, komitmen dengan encik kesayangan lagi. itu pun satu masalah jugak. dia mana nak fokus kerja dia lagi. aku exam aku. kadang-kadang, contact pun sekejap sangat. sampai jadi rindu sangat. dah lah susah nak jumpa dah sekarang. sampaikan aku kadang-kadang termarah kat dia sebab aku serabut sangat. maafkan saya awak. mungkin saya rebel sebab rindukan awak. :(

and okay, sampai sini je nak cerita masalah aku kat blog kesayangan aku nie. at least, dapat lah melegakan hati aku sikit. aku tak tahu nak cerita macam mana masalah aku kat orang, sebab aku jenis pendam. that's why orang selalu tak tahu kenapa aku moody tetiba. dorang ingat aku nak period or period. bukan itu sebabnya, ada terlalu banyak benda aku fikir cuma aku tak sampaikan kat sesiapapun sebab aku tak suka burden orang dengan masalah aku. cukup lah dorang menghadapi masalah dorang sendiri.

cuma, satu je permintaan aku untuk diri sendiri. be strong Elida. coz you'll never know how strong you are until be strong is the only choice you have. assalamualaikum fellas.

Friday, 9 May 2014

It's a bless to have you in my life :)

assalamualaikum :)

di malam hari macam nie, terasa sangat ringan tangan aku untuk update entry kat blog aku nie. okay, kali nie nak cerita tentang seseorang yang sangat istimewa. dan aku sangat bersyukur kerana Tuhan hadirkan dia dalam hidup aku. :')

siapa dia tu? dia lah Muhamad Afiq bin Ismail. seorang yang baik hati, merendah diri, istimewa di mata aku, dan sangat sopan serta berbudi bahasa. kenapa dia istimewa? sebab dia seorang yang sangat pandai mengambil hati aku. dia lah kekasih hati yang berjaya mengubat hati ini yang pernah terluka suatu ketika dulu. :')

di saat aku sedih, dia lah yang bersusah payah menggembirakan aku. di saat aku rebah di dalam pelajaran, dia tak jemu memujuk hati aku untuk mendapatkan semangat semula. di saat aku kecewa dengan ahli keluarga aku, si dia lah yang tak pernah henti mendengar luahan hati. selalu ada untuk menjadi pendengar setia aku. :')

di saat aku nak merajuk dengan dia, dia datang menghiburkan aku. ada saja cara dia yang tersendiri untuk buat aku gembira. bila aku merajuk, dan dia berkesempatan untuk datang jumpa aku, dia buat surprise dengan tiba-tiba muncul di depan tempat aku berada.

di saat aku mengidam sesuatu makanan, dia bersusah-payah membeli dengan harapan aku akan gembira. yes sayang, saya gembira bila awak sanggup buat apa saja untuk saya. awak sangat sweeeet. :) bila dia nampak je aku aku tweet mengidam apa-apa makanan, dia berusaha untuk beli. contohnya chocolate and pizza :)

selain tu, dia juga berusaha untuk penuhkan kemahuan aku. bila aku nak jumpa, dan dia tak boleh nak bawak motor, dia sanggup berjalan datang ke tempat aku semata-mata untuk jumpa aku. bukannya aku tak tahu dia penat masa tu and plus dia nak rehat, dan aku pun tak bagi dia datang sebab nak dia dapat rehat yang cukup, tapi dia tolak semuanya ke tepi asalkan aku boleh jumpa dengan dia. awak sangat baik sayang. :')

dah macam-macam ujian yang aku lalui dengan dia. gaduh itu jangan cakap, memang ada, tapi sangat jarang. tapi aku bangga sebab dia mampu turunkan ego dia demi aku. lelaki kalau betul-betul sayang, dia akan turunkan ego dia demi perempuan yang dia sayang. dan aku sangat bersyukur kerana aku jumpa lelaki itu Ya Allah. :')

dan yang paling buat dia istimewa ialah dia sanggup datang jumpa dengan family aku. kau ingat senang lelaki nak datang jumpa keluarga gf dia unless dia betul-betul sayang? dia tolak tepi "tak bersedia" dia tu. dia datang ke rumah aku dengan misi yang sangat comel iaitu misi "memikat hati bakal mertua". haha. you're so funny dear. :') dia sanggup tanya taw mama suka apa, mama nak apa, biar saya bawak. aaaaaa, that makes you so special.

di saat aku nak menghadapi exam, dia belikan chocolate dengan sangat banyak sebagai peneman stay up, sebab katanya dia tak mampu nak temankan aku stay up jadi dia belikan chocolate untuk temankan aku. :') dan pesannya lagi, kalau chocolate dah habis, bagi tahu, dia belikan lagi. auwwwh. :') <3 <3

dan yang membuatkan aku lebih bersyukur untuk memiliki dia dalam hidup aku ialah dia tak pernah malu dengan mengaku aku sebagai kekasih dia. :') pergi berjalan ke Mines, dia pegang tangan aku setiap masa. dia tak sanggup nak tinggalkan aku sorang-sorang. auwh, so sweet. awak tak kisah ke yang gf awak nie lebih "besar" dari awak? dan awak seolah-olah bangga dengan saya. :') setiap default picture social media awak mesti gambar kita berdua. :')

bila ditanya, awak tak malu ke ada gf macam saya? katanya, buat apa nak malu, saya ada gf yang sangat comel, terutama bila dia senyum. :') terharu tahu tak?

awak, setiap hari saya jatuh cinta dengan awak. tak pernah sekali pun awak buat kasih saya pada awak berkurang. tapi setiap masa awak buat saya makin sayangkan awak. :* awak, kadang-kadang saya takut. saya takut awak tak selesa dengan saya. kalau saya ada buat sesuatu yang buat awak tak suka, awak bagi tahu okay?

sayang, awak ingat lagi kan janji kita? awak sentiasa ingat kan? kita akan berjuang bersama demi hubungan kita. kita akan tempuh apa dugaan pun bersama-sama kan awak? saya minta maaf sebab saya selalu sakitkan hati awak. tapi awak tak pernah jemu pun melayan saya. di saat saya merajuk tanpa sebab, awak setia memujuk tanpa jemu. mungkin saya nak mengada dengan awak tu. sengaja nak dapatkan perhatian awak. :')

dear Muhammad Afiq, bila awak baca nie, saya cuma nak awak tahu yang saya sayangkan awak. mungkin saya bukan yang perempuan yang terbaik dalam dunia nie, tapi izinkan saya untuk menjadi yang terbaik yang awak ada. take care sayang. Iloveyou always. :*

selesai ditulis pada 12:56 am, 9/5/2014.
Khamis.

Saturday, 3 May 2014

A-level, oh, now I know that I'm strong :')

assalamualaikum saudara saudari..

di ambang external A-level nie lah baru aku sibuk nak update blog kan? haish haish. okay, bukan nak cakap apa lah kan, cuma nak cerita sikit apa yang aku rasa bergelar pelajar A-level.

firstly, hurm, tak semua orang tahu A-level tu apa. kadang-kadang rasa nak cepuk je orang yang tak tahu A-level nie. oh well, hello, the whole world tahu kot apa tu A-level. A tu apa ke maksud korang? A tu maksudnya Advance. Advance Level. see, dengan dengar nama dia pun korang boleh imagine lah kan senang or susah kan?

sebenarnya banyak lagi aku nak cerita pasal A-level nie. tapi takpe lah, aku takde masa nak cerita panjang panjang. nanti dah habis A-level, aku cerita okay? kalau korang berminat nak dengar lah kan. hehe.

okay, mintak diri dulu. assalamualaikum ! :)