di malam hari macam nie, terasa sangat ringan tangan aku untuk update entry kat blog aku nie. okay, kali nie nak cerita tentang seseorang yang sangat istimewa. dan aku sangat bersyukur kerana Tuhan hadirkan dia dalam hidup aku. :')
siapa dia tu? dia lah Muhamad Afiq bin Ismail. seorang yang baik hati, merendah diri, istimewa di mata aku, dan sangat sopan serta berbudi bahasa. kenapa dia istimewa? sebab dia seorang yang sangat pandai mengambil hati aku. dia lah kekasih hati yang berjaya mengubat hati ini yang pernah terluka suatu ketika dulu. :')
di saat aku sedih, dia lah yang bersusah payah menggembirakan aku. di saat aku rebah di dalam pelajaran, dia tak jemu memujuk hati aku untuk mendapatkan semangat semula. di saat aku kecewa dengan ahli keluarga aku, si dia lah yang tak pernah henti mendengar luahan hati. selalu ada untuk menjadi pendengar setia aku. :')
di saat aku nak merajuk dengan dia, dia datang menghiburkan aku. ada saja cara dia yang tersendiri untuk buat aku gembira. bila aku merajuk, dan dia berkesempatan untuk datang jumpa aku, dia buat surprise dengan tiba-tiba muncul di depan tempat aku berada.
di saat aku mengidam sesuatu makanan, dia bersusah-payah membeli dengan harapan aku akan gembira. yes sayang, saya gembira bila awak sanggup buat apa saja untuk saya. awak sangat sweeeet. :) bila dia nampak je aku aku tweet mengidam apa-apa makanan, dia berusaha untuk beli. contohnya chocolate and pizza :)
selain tu, dia juga berusaha untuk penuhkan kemahuan aku. bila aku nak jumpa, dan dia tak boleh nak bawak motor, dia sanggup berjalan datang ke tempat aku semata-mata untuk jumpa aku. bukannya aku tak tahu dia penat masa tu and plus dia nak rehat, dan aku pun tak bagi dia datang sebab nak dia dapat rehat yang cukup, tapi dia tolak semuanya ke tepi asalkan aku boleh jumpa dengan dia. awak sangat baik sayang. :')
dah macam-macam ujian yang aku lalui dengan dia. gaduh itu jangan cakap, memang ada, tapi sangat jarang. tapi aku bangga sebab dia mampu turunkan ego dia demi aku. lelaki kalau betul-betul sayang, dia akan turunkan ego dia demi perempuan yang dia sayang. dan aku sangat bersyukur kerana aku jumpa lelaki itu Ya Allah. :')
dan yang paling buat dia istimewa ialah dia sanggup datang jumpa dengan family aku. kau ingat senang lelaki nak datang jumpa keluarga gf dia unless dia betul-betul sayang? dia tolak tepi "tak bersedia" dia tu. dia datang ke rumah aku dengan misi yang sangat comel iaitu misi "memikat hati bakal mertua". haha. you're so funny dear. :') dia sanggup tanya taw mama suka apa, mama nak apa, biar saya bawak. aaaaaa, that makes you so special.
di saat aku nak menghadapi exam, dia belikan chocolate dengan sangat banyak sebagai peneman stay up, sebab katanya dia tak mampu nak temankan aku stay up jadi dia belikan chocolate untuk temankan aku. :') dan pesannya lagi, kalau chocolate dah habis, bagi tahu, dia belikan lagi. auwwwh. :') <3 <3
dan yang membuatkan aku lebih bersyukur untuk memiliki dia dalam hidup aku ialah dia tak pernah malu dengan mengaku aku sebagai kekasih dia. :') pergi berjalan ke Mines, dia pegang tangan aku setiap masa. dia tak sanggup nak tinggalkan aku sorang-sorang. auwh, so sweet. awak tak kisah ke yang gf awak nie lebih "besar" dari awak? dan awak seolah-olah bangga dengan saya. :') setiap default picture social media awak mesti gambar kita berdua. :')
bila ditanya, awak tak malu ke ada gf macam saya? katanya, buat apa nak malu, saya ada gf yang sangat comel, terutama bila dia senyum. :') terharu tahu tak?
awak, setiap hari saya jatuh cinta dengan awak. tak pernah sekali pun awak buat kasih saya pada awak berkurang. tapi setiap masa awak buat saya makin sayangkan awak. :* awak, kadang-kadang saya takut. saya takut awak tak selesa dengan saya. kalau saya ada buat sesuatu yang buat awak tak suka, awak bagi tahu okay?
sayang, awak ingat lagi kan janji kita? awak sentiasa ingat kan? kita akan berjuang bersama demi hubungan kita. kita akan tempuh apa dugaan pun bersama-sama kan awak? saya minta maaf sebab saya selalu sakitkan hati awak. tapi awak tak pernah jemu pun melayan saya. di saat saya merajuk tanpa sebab, awak setia memujuk tanpa jemu. mungkin saya nak mengada dengan awak tu. sengaja nak dapatkan perhatian awak. :')
dear Muhammad Afiq, bila awak baca nie, saya cuma nak awak tahu yang saya sayangkan awak. mungkin saya bukan yang perempuan yang terbaik dalam dunia nie, tapi izinkan saya untuk menjadi yang terbaik yang awak ada. take care sayang. Iloveyou always. :*
selesai ditulis pada 12:56 am, 9/5/2014.
Khamis.
No comments:
Post a Comment