Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Sunday, 25 May 2014

Mama, restu ke? haha. :D

assalamualaikum. :)

tadi masa tengah berborak dengan mama, and mama was like "boyfriend tak call ke hari nie?" and aku jawab, "hurm, tak."

jeng jeng. hamboi mama, pandai serkap jarang ye. >.< mama mula lah keluarkan seribu satu soalan pasal Afiq. and aku dah macam kena interview dengan polis tahu? haha.

"dia tak mintak kapel lagi ke?"
"tak dah. dia tahu lida tengah exam"
"boleh tahan jugak rupa dia. hensem."
"haha. boleh tahan lah mama, not bad."
"mama tengok dia baik. sopan budaknya. tak meninggi diri."
"haha. kannn !"
"dia tu kira baik lah. dari muka dah boleh tengok perangai lahabau ke tak."
"hurm, tu lah. dia baik. pandai jaga hati lida."
"dia tak cakap nak datang lagi ke?"
"ada. tapi lida kan tengah exam. tapi, kesian tengok dia. asyik ikat perut nak simpan duit."
"lah yeke? bagus budaknya. pandai menyimpan duit. senang esok."
"tu lah. simpan duit sampai sanggup tak makan. padahal dia suka makan kot ma."
"takpe lah, nanti mama dah berhenti kerja, mama masak, ajak dia makan sini hari-hari."

hari hari? fuyoooooo. 

"haha. hari-hari ma?"
"haah. tak luak pun dia sorang makan. lepas kerja boleh makan sini. ke masa dia rehat ke. pukul berapa dia rehat?"
"tak tentu lah ma. kadang-kadang dia tak rehat pun. kuat betul kerja."
"bagus dia tu. komited dengan kerja."
"kannnn. *cucuk jarum sikit* lagi pun, common sense dia tinggi."

mehmeh. sempat lagi cucuk jarum. haha. conversation continue.

"oh yeke? dia buat apa sampai adik kata macam tu?"
"dia kalau kakak dia balik KL, dia tolong lah kemas rumah. pinggan dalam sink dicuci, kemas rumah apa semua. pastu, kalau lampu rosak, dia betulkan. tak tunggu kakak or abang ipar dia buatkan."
"wahhh, bagus macam tu. sense of humor tinggi."
"pastu, dia nak bayar jugak duit bil elektrik and air. tapi kakak dia tak bagi."
"kenapa kakak dia tak bagi? pastu?"
"taknak menyusahkan dia lah kot. dia kata nanti next bill datang, dia nak bayar senyap-senyap. takyah tunggu kakak dia. nanti bagi ke receipt dah bayar."
"macam tu lah bagus. perangai lelaki kena macam tu. ada sifat ketua. tak perlu disuruh."

hurmmm, banyak nie mama puji. haha. pandai jugak gua masuk kan isi mana yang sesuai. but, gua tak tipu kay. memang dia buat semua tu. *blushing*

"tapi lida nampak lah effort dia untuk lida ma."
"kann. suka betul dia kat adik."
"dia kan ma, setiap apa yang lida cerita, semua dia ingat. lida pun tak ingat apa dia cerita. haha."
"tu nampak sangat lah dia suka kat adik. tu yang setiap apa yang adik cerita, dia ingat."
"haha. agaknye lah. tak sangka dia boleh ingat rumah kita."
"tu lah. mama pun expect dia akan call tanya yang mana satu rumah kita. haha."

hamboi mama, excited. haha.

"mama cerita kat gardener yang adik dah ada boyfriend."
"ha? mama cerita? lah, dah kenapa mama cerita kat dia?"
"saja je. nak tahu tak dia cakap apa?"
"dia cakap apa?"
"dia kata, laki tu nak kat adik sebab kesian kat adik. adik gemuk, takde laki nak. so, laki tu kesian kat adik, tu yang dia nak kat adik. mama kata lah tak. sebab mama pun nampak effort Afiq tu kat adik."
"amboi, mentang kita gemuk, pandang rendah pulak. dia pun gemuk jugak. *bengang*"
"hahaha. dia kata laki dia kahwin dengan dia pun sebab kesian. mama tanya lah, dah tahu laki tu tak sayangkan awak, buat apa nak kahwin dengan dia."
"entah, bengong punya gardener."

satu, mama excited sampai cerita kat orang anak dia ada boyfriend. -,-"
dua, mama tahu macam mana nak menangkan anak dia depan orang yang pandah rendah kat anak dia. yeay ! \(^.^)/

"nanti mesti semua orang terkejut adik dah ada boyfriend. makngah apa semua."
"hahahaha. mama nie, ke situ pulak. lambat lagi tu." ajet ajet belum kapel. >.<
"Afiq tak kata nak ikat tunang dulu ke sebelum adik pegi UK?"
"OMG mama, that's too far. hahaha. belum sampai tahap tu lagi. haha."
"ala, Afiq mesti dah ada peracangan dengan adik."
"entah lah ma, tak fikir pun sampai tahap tu lagi. jauh sangat dah mama fikir nie. haha."

can you see it? mama agak beria pasal Afiq. sampai ke level tunang? OMG ! *nganga mulut*

"Afiq kata apa lagi?"
"ada dia tanya, pinangan berapa ribu. lida kata lah nak pinang siapa? dia kata nak pinang Elida Suhana. haha. lida kata lah tak tahu, kenapa? dia kata nak simpan duit dari sekarang."
"fuyoooo dik, gila lah. macam mana kalau dia betul-betul simpan duit nak kahwin dengan adik?"
"hahaha. kami tak fikir lagi sampai tahap tu ma. nie baru nak rapat. haha."
"haha. mana lah tahu kan. kira terer lah adik nie. fuyoooo."

hahahaha. mama, nampak sangat mama excited nie. everything pasal Afiq mama tanya. and conversation yang aku masukkan nie, tak full. tu belum aku tulis mama tanya Afiq berapa beradik, kakak dia muka macam dia ke, and bla bla bla soalan remeh-temeh.

insyaAllah mama, kalau dah ditulis di luh mahfuz ada jodoh antara kami, insyaAllah tak ke mana ma. sekarang nie kami sama-sama berjuang untuk kekalkan hubungan kami. memang ada ups and downs mama, tapi kami sama-sama bubuh effort untuk stay together.

Ya Allah, jika benar dia terbaik untukku, satukan lah kami dan permudahkan lah hubungan kami. seandainya dia bukan yang terbaik untukku, berilah aku kekuatan dalam menerima qada' dan qadar-Mu.

awak, sekiranya awak baca, ketahui lah bahawa "harapan" itu sudah ada. saya dan keluarga dah menyenangi kehadiran awak. jangan sia-siakan itu okay? meloveyou. :*

No comments:

Post a Comment