Assalamualaikum,
Sedar tak sedar, kita sudah berada di penghujung tahun 2016. Cepat betul masa berlalu kan? :') So, bila dah hujung-hujung tahun nie, mesti semua orang mula flashback apa achievement dia pada tahun tersebut. Jadi, aku pun salah seorang dari dorang. Hihi. *gelak gedik*
So far, 2016 nie banyak memberi aku pengajaran. 2015 aku kehilangan ibu aku, dan 2016 aku berusaha gigih untuk mencari diri aku yang sebenar selepas sepanjang 2015 aku bermurung/depressed. Alhamdulillah, I'm healing. 2016 aku seorang yang busy dengan karier aku.
Kiranya tahun nie aku dah takde masa nak fikir benda-benda lepas dan apa yang aku tahu ialah aku nak fokus pada masa depan je. So, aku bekerja dengan baik dalam karier aku di sebuah bank remittance. Selama setahun aku bekerja kat sana, aku happy je. Cuma haih, bila bos baru masuk, management semua dah lain dan kekangan ekonomi yang buat masing-masing jenis lepas tangan. So, aku taknak terus berada di takuk yang sama, berada di takuk yang tak selesa bilamana apa aku buat semua serba tak kena sampaikan aku sakit pun jadi issue. Aku emergency sebab motor aku rosak pun jadi issue. Sudah lah, better aku bekerja sendiri, lebih aman dan tenang.
Sebelum aku berhenti, aku memang dah mula buat dua pekerjaan. Siang aku kerja office, malam aku mengajar budak tuisyen. So, dari situ aku dah dapat dua income. Dan bila tutor aku lebih menjanjikan pulangan yang berbaloi, aku ambil keputusan untuk berhenti kerja di office dan bertukar lah aku sebagai freelance private home tutor. Heeee.
Bila dah ada karier yang lebih baik, maka encik kesayangan pun yang dah mula stabil meluahkan hasrat di hati nak hantar rombongan meminang. Mihmih. Jadi, pada tahun 2016 juga aku bertukar status dari in a relationship kepada engaged. Hihi. Terima kasih encik tunang :* Tahun depan insyaAllah kami disatukan. #roadtomarriage
Selain daripada tu, tahun 2016 juga banyak mengajar aku untuk survive dalam keadaan apa pun. Bila mana kita nie hidup sendiri tanpa ada orang tua, the struggle is real. Aku ingat lagi kadang-kadang tu aku takde duit langsung. Gaji lambat lagi tapi duit dah licin. Dalam akaun bank masa tu ada RM4.30 je. Nak makan takde duit, petrol untuk pergi kerja pun takde. Masa tu, Allahu, sedih yang amat. Encik tunang pun masa tu alami masalah yang sama. Memang sedih bila teringat masalah kewangan dengan kekangan ekonomi macam sekarang nie. Thanks jibby. :') Nasib baik lah boleh pinjam dengan kawan, Shanti. Shanti lah yang banyak membantu. Thanks honey. :'* Encik kesayangan pulak pinjam dengan kakak dia. Jadi kami nie rasa bernafas lah sikit. Thanks awak sebab sudi ada dengan saya dalam susah dan senang. :')
Jadi, untuk penutup tahun nie, aku rasa bersyukur sangat sebab aku masih diberi peluang untuk bernafas, untuk merasa bahagia, untuk merasa disayangi, untuk merasa ada majlis sendiri iaitu majlis pertunangan aku, dannnnnnn untuk merasa debar menghitung hari! Hihi.
Apa-apa pun, terima kasih 2016 kerana banyak memberi pengajaran untuk aku :) thank you for being such a good year :* Kiranya, kenangan manis lebih banyak dari kenangan sedih. Hehe. Alhamdulillah.
Dear 2017, please be nice with me ye? Hehe. I'm ready for a new year :) #roadtocareer #roadtomarriage #happy #afiqelida <3