assalamualaikum :)
holla peeps. okay, entry kali nie aku nak cerita pasal semester final aku. tak sangka, pejam celik pejam celik, aku dah masuk final sem. cepat sangat masa berlalu. masuk bulan Julai 2012, sekarang dah January 2014. dua tahun aku punya A-level nie.
final sem nie lah penentu segala galanya. sama ada aku dapat sambung belajar dekat luar negara atau tak. hurm, susah sebenarnya untuk aku terangkan. aku masuk intec buat A-level dengan harapan untuk fly, tapi baru aku sedar, tak senang sebenarnya nak fly. kalau aku fly pun, bukan calang calang university yang aku mintak. top 50 universities in the world. requirement dia, jangan cakap lah. boleh bayang sendirikan susahnya macam mana.
benda yang buat aku bertambah takut ialah HARAPAN. yes, harapan. harapan mak aku. harapan untuk dia melihat aku sambung belajar kat UK. tak senang untuk aku pikul. dia sangat yakin aku mampu untuk fly, tapi aku takut. aku takut seandainya aku terpaksa hampakan dia. aku taknak benda tu jadi. aku cuma insan yang tak sempurna yang tak mampu memenuhi harapan setiap orang yang aku sayang. tapi, insyaAllah, aku berusaha sebaik mungkin untuk membahagiakan mak aku dengan melihat aku sambung belajar kat UK.
selain dari cabaran tu, aku jugak pikul harapan yang diberi oleh makngah, makcik dan seluruh ahli keluarga aku. mungkin korang tak faham perasaan aku. aku nie tak lah pandai mana kalau nak dibandingkan dengan pelajar intec yang lain. dorang budak tajaan JPA. aku nie cuma YPPB je. SPM dorang straight A's. aku? hurm. takut sangat.
aku ingat lagi pesan makngah, "Elida, elida kena fly taw. makngah dah cerita kat semua officemate makngah yang Elida akan sambung belajar kat UK. ha, bila fly nye?" aku terpaku kot dengar benda tu. aku jawap "lah yeke makngah. lida tak confirm lagi akan fly ke tak. lida kena dapat result cemerlang untuk fly. kalau tak lepas cut off point, lida tak boleh fly." makngah kata "Elida kena fly jugak ! makngah dah cerita dengan diorang taw. kalau tak fly, malu makngah nanti. ingat tu, fly ! jangan tak fly pulak. belajar betul betul." hurm. nak menangis dengar benda nie. sangat tak mudah makngah. :'( kalau lah fly tu sama macam fly nak pegi melancong, petik jari je lida dah boleh buat makngah. :'(
macam tu jugak dengan harapan mama, adik beradik aku, makcik and makngah. Ya Allah, permudahkan lah urusan aku untuk memenuhi cita cita aku, harapan ibu dan keluarga aku. sesungguhnya, aku hanya mampu berusaha dan tawakal dengan peracangan nie semua. :')
walau macam mana pun, aku senang hati. sebab aku masih mampu untuk terus survive dalam A-level. sebab dulu masa sem 1, aku hampir give up. aku hampir keluar dari intec. tapi aku yakin dengan perancangan Tuhan, perancangan-Nya adalah yang terbaik untuk aku. siapa sangka aku still survive dalam A-level untuk final sem? :')
wahai pembaca, doakan lah kejayaan aku. aku tak mintak banyak, aku cuma nak penuhkan cita cita aku dan harapan keluarga. itu je. doakan aku dapat fly. sem akhir nie sem penentu. haih, sayunya hati masa tulis entry nie. betul betul luahan hati aku. takde sape yang tahu apa aku rasa tentang A-level, tentang intec.
masih mampu untuk survive di intec walaupun tak ada kawan. kawan yang hanya datang dan pergi. tak sangka aku seorang yang sangat lain di intec. aku tak gelak, aku tak borak sangat, aku pendiam, aku buat hal sendiri. kiranya, sepanjang kat intec, jimat sungguh air liur aku. haha. hanya orang yang kenal aku je yang tahu aku nie macam mana yang sebenarnya. but, tbh, aku bukanlah aku kat intec. aim aku kat sana cuma belajar dan penuhkan impian aku.
mungkin cukup sampai sini aku berceloteh pasal kisah sem final aku, harapan aku dan harapan keluarga. tolong doakan aku mampu untuk survive dan mampu untuk menjadi salah seorang lagi pelajar tajaan YPPB untuk fly ke luara negara untuk sambung belajar. terima kasih sangat sangat. :')
"jika kamu tidak dapat menahan lelahnya belajar, kamu akan menanggung peritnya kebodohan."
see you in next entry yang tak tahu lah bila aku akan update. :')
selesai ditulis pada 3.37 pm, 11.1.2014, sabtu.
assalamualaikum. :) xoxo
No comments:
Post a Comment