dulu kami lah kawan baik, kami lah kembar, kami lah girlfriend, kami lah BFF. suka duka bersama. sorang tak datang sekolah, mesti sorang lagi jadi diam and sunyi. siapa yang tak tahu keakraban kami. excited sangat bila dah kenal. mana dia pergi, orang akan tanya aku. mana aku pergi, orang akan tanya dia. rapat yang tak dapat nak digambarkan. hari hari mesej macam tak jumpa setahun, padahal hari hari jumpa. kredit habis rm2 setiap hari semata-mata untuk mesej. :')
tapi, hanya dengan sedikit kesilapan, semuanya musnah. persahabatan yang terjalin kukuh putus. silap langkah, tak mungkin dapat diperbetulkan. mungkin pada zahir, aku nampak happy dengan life tanpa dia. tapi dalam hati, Tuhan je tahu. yes, friendship kami terlalu banyak dugaan. ada je orang nak menghalang. ada orang nak rapat dengan dia supaya dia singkirkan aku dan ada orang yang nak rapat dengan aku supaya aku singkirkan dia. well, life's hard.
yes, silap aku. aku tak selidik dulu. aku ambil langkah terburu-buru dengan terus menyerang dia. betapa tak matangnya aku masa tu. mata aku dikaburi dengan seseorang yang aku sangkakan kawan, tapi rupanya, musuh dalam selimut. berlagak baik, tapi hakikatnya, perangainya lebih buruk !
maaf. ye, maaf yang aku minta. dari tahun 2011, sampai lah sekarang, baru aku dapat maaf yang sebenar-benarnya. mungkin di mulutnya kata dia dah maafkan aku, tapi aku kenal dia, dari cara dia melayan aku, aku tahu dia still marah aku. saban hari aku berdoa supaya kami akan rapat macam dulu balik. tapi,
me : aku tahu kau still marah aku. tapi aku rindu kita yang dulu. :(
her : aku tak marah dah lah. berapa kali nak cakap. tapi, nak dapat macam kita yang
dulu, tak dapat lah wei. sorry.
pedas. ye, sangat pedas. but, there's still hope. tapi, aku sedar, tipis sangat harapan nak rapat dengan dia macam dulu. aku kenal dia sangat sangat. aku hampir give up time kitorang pegi raya dengan classmates. sepatah apa pun dia tak cakap dengan aku. nak pandang aku pun dah taknak. masa tu, aku dah patah harapan. aku dah tak mampu nak berharap lagi. apa yang aku tahu, dia dah bencikan aku. :'(
one day, dia text aku. cakap "hye elida..:)" and aku sangat terkejut. happy jugak sebenarnya. and then we talked. tapi, aku tahu, ada harapan lagi. dia cakap dia mimpi aku. :') lepas tu, dia mintak maaf kalau ada buat aku kecik hati atau apa apa. :') aku tahu, masih ada harapan. :') borak borak lagi, and dia text dengan aku macam masa kitorang rapat dulu. :') dia dah tak dingin. :') lepas tu, aku dapat tahu, dia still simpan gambar gambar kitorang dalam pendrive dia. dia tak pernah buang pun rupanya. :') aku ingatkan dia dah buang sebab bencikan aku. :')
and yang paling menggembirakan aku, dia dah unblock aku kat fb dia. dia add aku. dia siap mintak aku approve lagi. :') the hope is getting bigger. :') lepas tu, aku happy sebab benda nie :
her : aku sayang ko wei.. cuma sorryla about 2 years ago... aku take time nak lupakan..
tapi aku akan sentiasa ingat ko kawan baik aku.. takde orang boleh ganti ko wei..
seriusly jujur dari hati aku..
me : aku pun sama wei. aku sayang kau. everyday aku nyesal dengan salah aku. jujur,
aku pun tak jumpe pengganti kau. kau je kawan yang paling rapat pernah aku
jumpa. takde yang sama macam kau taw.
her : kita move on k?? forget about the past, live for the future. actually, salah aku
jugak...aku ego sangat sebab susah nak lupakan bende tu.. tapi aku dah lama
maafkan ko dah.. ok jom balik macam dulu..
yes, nie benda yang paling menggembirakan. :')
dear bestfriend, forgive me for all of my mistakes. aku janji kita akan happy macam dulu balik. aku janji akan jaga friendship kita betul betul. walaupun kita jauh, kau tetap dekat kat hati aku. bila muncul je perkataan bestfriend, kau orang pertama yang pop up dalam fikiran aku. aku janji akan buat kita macam dulu, macam twin balik :) kita sama sama rindukan kita yang dulu. kita sama sama tak dapat buang title pengganti tu. for two years aku tunggu, here comes the moment. I will cherish this. forever. aku sayang kau sebagai kawan baik aku sya. :')
we will always be bestfriends. :) kenangan kita kat sekolah, aku tak pernah lupakan. :')
happy je kita masa nie. amali sembelihan, aku still ingat. :')
mana mana mesti nak duduk berdua jugak. hehe. masa jamuan kelas. :')
yang nie tak sure masa bila, but look, still we will seat together no matter what. :') iloveyou dear bestfriend. :')
peluang kedua jarang kita peroleh, tapi bila dah dapat, hargai dan nikmati peluang itu. I promise you, I will be the best bestfriend that you ever had. tulus dari jiwa aku sya. :')
selesai ditulis pada 11:09 am, 27.01.2014, Isnin.
assalamualaikum. :) xoxo




No comments:
Post a Comment