Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Monday, 20 January 2014

Birthday Surprise

assalamualaikum :)

tajuk entry kali nie pasal birthday surprise. hurm, kenapa aku pilih tajuk nie? setelah tanya pendapat "nenek" aku, dia kata tulis lah pasal impian. kemudian bukak tweetdeck and nampak ada orang tweet pasal birthday surprise. so, terkeluar lah topik nie. hehe. :)

okay, masa aku kecik kecik dulu, aku tak tahu pun apa tu birthday surprise. haha. eleh, macam korang tahu. :p haha. yang aku cuma tahu, birthday party. sebab every year, family aku memang buat party untuk aku. tapi, party bermula dari darjah 2 sampai lah tingkatan 1. lepas tu tak buat dah. dah besar katanya. haha. kbye.

so, kenapa tajuk aku birthday surprise? macam nie cerita dia. aku tengok orang yang dapat birthday surprise nie sangat untung. kenapa untung? ye lah, birthday dia orang ingat. and salah satu untuk orang hargai dia adalah dengan buat surprise untuk dia. sweet kan? sebenarnya dia untung sebab itu adalah salah satu petunjuk bahawa dia sangat sangat disayangi oleh seseorang sehingga sanggup buat surprise. yang aku tekankan kat sini bukan family okay, maksud aku ialah kawan atau kekasih hati. *acewah*

so, birthday surprise boleh datang dalam banyak jenis. antara yang paling sweet yang aku pernah tengok dalam tv ialah si birthday girl disuruh tunggu sampai lewat malam kat tempat kerja, kekonon overtime lah kan. rupanya officemate buat surprise dengan datang hantar kek memalam buta tepat pukul 12. haha. tu dari segi kawan. dari segi kekasih pulak, si bf buat surprise dengan bawak gf ke candle light dinner yang acah acah romantik gitu. haha. >.<"

sebenarnya, main point kat sini, aku nak cerita sikit pengalaman aku yang pertama kali kena surprise. kena surprise pun dengan ahli keluarga sendiri je. hehe. malam birthday aku tu, family aku semua tak hiraukan aku. tak peduli pun untuk wish. sedih taw. kawan kawan lain yang wish dulu taw. aku dah kecik hati dah. masa tu aku tengah online fb. then, tetiba, dorang datang dari belakang and nyanyi kuat kuat lagu happy birthday. peh peh, terharu gila kot. siap datang dengan kek and hadiah taw. hehe. aku yang lembut hati nie pun sampai menangis kegembiraan lah jawabnya. haha. best sangat. walaupun simple, tapi aku hargai sangat. tu kira first lah birthday surprise aku dapat dari family. hehe.

nie lah kek masa family aku buat surprise kat aku. :') cantik tak? kenangan sangat sangat taw. :') nie masa umur 18 tahun 2012. :')


yang nie pulak kek masa umur 19 tahun pada tahun 2013. oh yes, masa nie bukan surprise eh. family sendiri cakap nak beli kek and celebrate. :') terharu sangat sangat. :')

okay, dari kawan kawan pulak, aku dapat surprise jugak. pun simple jugak. cerita dia macam nie. esok birthday aku taw, tapi aku tak bagi tahu kat sesiapapun birthday aku esok. nak jadi cerita, kawan kawan aku pun buat dek je. :( and then malam tu, tepat pukul 12, phone aku masuk 4 mesej serentak ! dari dorang berempat which are my gang. terharu sangat taw. rupanya dorang dah plan nak wish on the same time. dengan wish yang sangat sangat sweet. happy sangat sangat. :') walaupun simple, tapi sangat berharga bagi aku. :')

tapi, pernah jugak terdetik kat hati aku, ada tak yang nak buat surprise birthday party kat aku? macam bawak aku pegi tempat gelap, buat aku takut semua, pastu rupanya ada kawan kawan lain yang dah ready nak buat surprise siap dengan kek, makanan, minuman and hadiah. mesti best gila. haha. tapi harapan lah kan. mungkin tak akan pernah ada dalam hidup aku. surprise macam tu wujud dalam tv je. haha. :'D *sedih sebenarnya* ala, tak kisah pun. yang penting, orang menghargai aku. setakat wish pun dah cukup bermakna bagi aku. dah boleh buat aku happy sangat sangat dah. :'D

kalau ada yang baca nie, mohon buat surprise birthday party macam nie kat aku. haha. *muka tak malu* bukan apa, teringin jugak nak jadi birthday girl yang lucky gila nak mampus. haha. XD

okay, sampai sini je lah aku berceloteh pasal birthday surprise ea. nanti aku update lagi cerita cerita lain. sebenarnya aku memang suka update blog, tapi gayanya macam masa sangat mencemburui aku. ha, begituh. haha. XD okay, bye peeps. see ya again ! :)

selesai ditulis pada 12:38 am, 20.1.2014, Isnin.

No comments:

Post a Comment