Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Wednesday, 12 October 2016

Officially Engaged to Muhamad Afiq :)




1 Oktober 2016

Tarikh keramat bagi kami berdua. We are a step closer to marriage, alhamdulillah :) pada hari ini, (flashback) kami berdua selamat mengikat tali pertunangan. Majlis alhamdulilah, sangat meriah :D

Jemputan ke majlis kami adalah seramai 200 orang. Haa, ramai tak? Hehe. Majlis kami berlangsung di teratak ibu saudara tercinta bertempat di Bandar Tasik Kesuma. Alhamdulillah, Makcik dan Pakcik (wakil orang tua saya) selaku tuan rumah banyak memainkan peranan dalam melaksanakan majlis pertunangan kami berdua :) Terima kasih Makcik dan Pakcik :*

Majlis bermula pada pukul 11.30 pagi dan rombongan pihak lelaki sampai pada pukul 11.40 pagi. Okay, masa sesi perbincangan, I memang takde hihi. I kena menyorok dalam bilik. Haha. So I'll share some pictures masa sesi perbincangan pertunangan ;) Biar gambar berbicara :) *klik pada gambar for full picture*










Selesai berbincang, I pun berjalan lah keluar dari kamar menuju ke pelamin untuk disarungkan cincin oleh bakal ibu mertua. Hihi. Masa nie, nervous yang amat babe. Cuba you bayangkan you keluar dari bilik, semua orang tengok you. Dan kiranya you ialah princess of the day. Ha gitchew. Hihi. More pictures......



Cincin dalam bekas bersedia untuk disarungkan

The most precious moment, masa disarungkan cincin oleh bakal mertua :) Time nie dalam hati rasa ada taman. Haha. :D



Future mother-in-law :*



Alhamdulillah, selamat menjadi tunangan orang. Hihi. I was so happy and excited and all of the nervous I felt has gone. :) So, lepas bergambar dengan ibu encik tunang, maka beramai-ramai lah yang datang ke pelamin nak bergambar dengan princess of the day. Kihkih. Sorry, sis tak boleh move on dari gelar diri as the princess of the day. Haha. Belanja gambar lagi.....



Masa keluar dari kamar, sebelum disarungkan cincin. Hihi.

Bergambar dengan siblings :* Dua dari kiri ialah sepupu but I feel like she's my own sister :)

Anak mama dan abah :* Missing in picture is Abang. Puas cari mana dia masa tu. -.-"

 And then bergambar dengan ibu-ibu saudara :) paling kiri sepupu ye. Hihi :) Excuse my over-excited face. Haha.

Ini dia para gadis kesayangan. Ada yg dah kahwin ye. Hihi. Thank you for coming girls :*

Yang kiri datang jauh dari Kelantan just to attend my e-day. Thank you Nurien :* Yang kanan datang dari Kuala Lumpur just to celebrate me. Both of them help me a lot, alhamdulillah. Thank you BFF :*

Another favourite photo of the day :)

Rakan sekolah yang datang. Thank you Azie, Tasya dan Zatie :*


Lepas dah ber-photoshoot di pelamin, masa menjamu selera. Hihi. Actually, gambar masa orang makan, photographer tak ambil banyak sangat :( so ini adalah sebahagian dari suasana bawah canopy :)

A part of the doorgifts :) Doorgifts habis cepat sungguh. So bayangkan lah ramai ke tak ramai yang attend I punya engagement :)

Orang paling kuat sebelum majlis, semasa majlis, dan selepas majlis. Thank you so much Pakcik dan Makcik. Lida sayang Pakcik dan Makcik :*



Duk potpet potpet, I langsung tak tunjuk gambar tunang I kan? Hihi. So, the below pictures will show you about him, Muhamad Afiq is the name given. Hehe. We got engaged on our 3rd anniversary :)





Kitorang pakai sedondon. Hihi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar :)



Selesai bergambar kat rumah, kitorang buat outdoor photoshoot. Hihi. So, I nak belanja sikit gambar outdoor dengan encik tunang dan jugak para gadis kesayangan :) 











Haaa, cantik tak gambar kitorang masa outdoor? Hihi. This is just a part of it. Kalau nak upload semua gambar masa hari majlis, memang 500++. Boleh muntah kalau korang tengok nanti. Hahahahaha XD Actually I agak sedih sebab officemate I tak boleh datang since they have to work. Kalau tak, boleh ada gambar sekali dengan diorang :( especially my special gundhuci, Shanti. Why you takde masa I ber-photoshoot :'(

So, sampai sini jelah kot? Nanti I update lagi if ada apa-apa yg seronok untuk blog I as long as blog I nie tak bersawang. Hahahaha. Doakan hubungan kami berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan selama-lamanya ya? Heeee. Xoxo :*



Selesai ditulis pada 5:34 PM, 12 Oktober 2016, Rabu.





No comments:

Post a Comment