assalamualaikum. fuh, dah lama aku tak update blog aku nie. dah bersawang dah haa. haha. bukan apa lah kan, walaupun sekarang nie aku menjadi penganggur terhormat kat rumah sementara tunggu nak masuk belajar balik, aku busy je haa walaupun kat rumah je. haha. aku busy lah kemas rumah semua. aku jadi surirumah taw. haha. petang pulak dah busy spend time dengan kesayangan. mehehe.
so, hari nie aku nak celoteh sikit about ups and downs in human life. memang lumrah hidup bila kena hadapi saat kesedihan dan kegembiraan. ye, sekarang nie aku dalam fasa yang sedih but at the same time fasa yang gembira. haa, camne tu? hehe.
jujur aku cakap lah kan, semua plan aku tak menjadi. everything end up like this and aku sendiri tak kuat nak hadapi semua nie. tapi syukur alhamdulillah, ada keluarga, boyfriend dan kawan kawan yang setia di sisi untuk pulihkan semangat aku. jujur, tak mudah untuk aku hadapi semua nie. kadang-kadang aku di-negatif-kan oleh orang sekeliling, tapi berkat pesanan orang tersayang semua untuk aku terus bersabar, so, yeah, here I am, masih mampu ber-blogging, bersosial di twitter and instagram kecuali facebook since I'm running away from all of my friends.
sekarang nie baru aku tahu apa tu erti depression. macam mana perasaan orang yang hadapi sakit murung. fuh, seksa okayy. feeling dia macam kau lari dari semua orang, kau berdiam diri apabila ditanya khabar and you keep on pushing people away although kau tahu semua orang tu sayangkan kau sebenarnya.
and worse, benda nie jugak membuatkan emosi aku tak stabil. aku tertekan. aku kecewa. aku malu. perasaan aku bercampur. semuanya. tapi syukur, bila aku dihanyak keluarga sebab perubahan aku yang agak mendadak, encik boyfriend lah yang setia di sisi pujuk aku, bagi aku semangat. tipu lah kalau takde perselisihan faham langsung antara keluarga kan? but somehow, aku still sayang keluarga aku. salah faham tak bawak ke mana pun. it just left there, left unsaid.
tapi aku betul-betul nak ucapkan terima kasih kat keluarga aku sebab still support aku untuk terus bangkit menongkah arus kehidupan, yang tanpa jemu berfikir untuk sort things out. tanpa dorang, mungkin aku dah tak mampu nak ber-blogging nie, entah entah dah kena campak dalam hospital rambutan gamaknya. k, over, kbye. kadang-kadang upset jugak bila gaduh kan, but then bila fikir balik, tanpa sokongan dorang, serius talk, aku mungkin dah hilang dari dunia nie. my family is so special. #iloveyou
secondly, nak berterima kasih pada encik kesayangan sebab setia di sisi, dengar celoteh aku, melayan kerenah aku yang tak betul nie sebab depression. he's being there with me for every single day dari sebelum masalah muncul lagi. setiap hari dia sabar dengan emosi aku yang tak stabil. dia support aku bila aku falling apart. dia gembirakan aku bila aku tengah bersedih. dia tenangkan aku bila aku tengah marah. dia always buang ego dia by apologizing although bukan salah dia pun bila kitorang gaduh sikit. why you so special lah sayang. :') terima kasih sebab selalu ada di sisi tanpa jemu and setia menyokong saya. :') #iloveyou
and lastly, thank you kepada kawan kawan yang ambil berat, and berusaha to sort things out for me. thank you sangat sangat. idea korang semua memang bernas. memang boleh diguna pakai. memang berbaloi-baloi. heeee. i'm so proud to have all of you as my bestfriends. tasya, hasnoor, syiera, ain and many more. :') thank you for always being there. #iloveyou
mungkin nie ujian dan dugaan untuk aku agar terus kuat semangat dalam menempuh arus kehidupan. apa lah erti kehidupan tanpa ujian dan dugaan kan? main game pun nak kena ada rintangan kan? hehe. apa-apa pun, aku bersyukur Ya Allah kerana Kau uji aku sebegini kerana hamba yang diuji adalah hamba yang disayangi. mungkin Allah rindu nak dengar doa rintihan dari aku sebab selama nie hanya doa biasa tanpa rintihan. tapi kali nie, setiap dia aku diiringi rintihan memohon petunjuk dari-Mu.
semoa semuanya dipermudahkan untukku. perjalanan baru sedang menunggu untuk bermula. dan aku? bersedia menghadapi medan peperangan dengan hati yang tabah dan kuat diiringi doa doa dari insan tersayang. semoga kau terus kuat, Elida Suhana. amin.
selesai menulis pada 2:17 pm, 13 Disember 2014.
No comments:
Post a Comment