assalamualaikum. :)
dah lama tak update blog. berhabuk dah. fuh fuh. okay, aku update blog nie selepas aku revise subjek Law aku. oh well, exam A-level selama sebulan. stress aku. -,-"
actually, aku sangat lah tak sabar untuk tamatkan pengajian aku, *walhal dah convo dua bulan sudah, okbye* aku sumpah tak sabar gila nak habiskan A-level aku nie. cuma......
"esok adik dah kat UK, setahun lepas tu, mama lawat adik taw. mama nak kumpul duit dulu."
"baik lida pegi UK dari pergi kat local uni je. nanti graduate tak laku."
"esok awak dah balik dari UK, mesti putih and cantik. kurus lagi. haha."
"wei, make sure fly taw. aku nak hantar kau kat airport nanti. heeee."
"do your best Elida. I know you can do it."
"eh, baik kamu fly tak. saya dah cerita kat semua kawan dalam office yang kamu nak belajar di UK sana nanti. bila fly?"
weiiiiiii ! aku manusia biasa jugak doh ! korang ingat aku pandai sangat ke ha? result every sem pun cukup cukup makan je taw. macam mana nak fly haa?
aku tahu korang semua yakin aku mampu buat. tapi aku tak mampu. cuma aku tak tahu macam mana nak cakap. berat sangat nak luahkan. :'(
"wahai semua orang yang disayangi yang mengharapkan lida fly, terima kasih sangat-sangat kerana ada keyakinan pada lida berbanding diri lida sendiri. cuma lida nie hanya lah manusia lemah. lida sedar kemampuan lida takat mana. lida dah cuba untuk buat yang terbaik dalam A-level. tapi entah lah, mungkin Allah dah tetapkan lida belajar kat dalam Malaysia je. mungkin lida tak mampu berjauhan dengan keluarga. mungkin lida tak mampu suaikan diri. mungkin kat sana tak bagus untuk lida. lida yakin dengan perancangan Allah. seandainya Dia dah tetapkan lida kat sana, maka kat sana lah lida pergi. kalau Dia dah tetapkan di Malaysia je, kat Malaysia je lah tempat lida. yang penting, lida dah all out. doakan yang terbaik untuk lida okay? cuma, please, jangan terlalu yakin lida akan fly sebab diri lida sendiri tak yakin. :'( "
hurm, cukup, titik. kalau ada yang baca nie, tolong lah faham. lida memang nak cakap apa yang lida rasa nie, cuma lida tak mampu luahkan. lida tak mampu nak bagi kepastian. yang lida mampu hanya belajar. maafkan lida. :'(
apepun, aku dah tak sabar nak habis A-level. aku dah taknak pergi intec, dah taknak pergi Akasia, dah taknak pergi Shah Alam. semuanya meninggalkan kesan-kesan luka je berbanding detik manis.
Ya Allah, seandainya tempat terbaik untuk aku belajar adalah di UK, kau permudahkan lah segala urusanku. seandainya aku lebih baik belajar di Malaysia sahaja, redhakan lah hatiku dan hati mereka yang mengharapkanku untuk menerima qada' dan qadar-Mu. Amin.
No comments:
Post a Comment