Elida Suhana is here ! welcome peeps ! :) I am a simple person.. sorry if there is anything that made u feel uncomfortable.. please enjoy :)

Tuesday, 21 May 2013

Cerita Lebih Mendalam Tentang Tunas Potensi

holla ! fuh fuh, berhabuk blog. lama tak update kan? haha. okay, lately nie, ramai sangat junior yang apply scholarship Tunas Potensi add aku and tanya macam macam kat aku dalam Facebook aku. wondering, macam mana dorang tahu aku nie one of the scholars? rupanya dari blog aku. hehe. *malu, tutup muka* okay, taknak buang masa panjang panjang, meh, aku as kakak senior, eh? dengan rela hati nak bercerita tentang biasiswa aku nie dengan lebih mendalam. :)

first of all, mesti korang nak tahu kan, apa kelebihan biasiswa nie? macam ramai yang cakap, "takut lahh kak, biasiswa nie baru tubuh kan? takut. tak kenal lagi." alahai dik, tak kenal maka tak cinta. wah, gituu. hehe. back to the topic, yes, memang biasiswa nie baru lagi. and batch aku adalah first batch yang terima biasiswa nie. so, jangan lahh risau okay adik adik? aku dulu pun takut jugak. hehe. jangan risau, biasiswa nie okay, and EXCELLENT ! :) biasiswa nie under kerajaan. dana yang dapat adalah daripada syarikat2 korporat besar Malaysia dan dari kerajaan. so, biasiswa nie adalah bawah kerajaan. :)

next, penempatan kolej or universiti? diberi atau kita pilih? dua dua pun boleh. tapi keutamaan adalah DIBERI. PenerajuEdu akan menempatkan kita kat kolej or universiti yang bagus mengikut skala mereka. jadi jangan lahh risau. mana mungkin PenerajuEdu nak hantar scholars mereka ke universiti cap ayam and unknown. hehe. nama pun scholarship dik oi. tapi kalau nak pilih universiti and taknak univerisiti yang dorang bagi, boleh. make sure adik adik buat surat bertulis dan nyatakan sebab-sebabnya. simple kan?

okay, lepas tu, nak cerita pulak, berapa elaun yang diberi. kolej yang dipilih oleh PenerajuEdu nie, ada yang dah sponsor makanan and ada yang tak. bagi yang dah ada sponsor makanan, elaun setiap bulan akan diberi sebanyak rm250. untuk kolej yang tidak termasuk sekali dengan makanan, akan diberi rm500. tetapi, nak tekankan di sini, mana mana student yang menerima laptop yang diberi oleh yayasan, setiap bulan ELAUNNYA AKAN DITOLAK RM50. in case, bulanan rm500, jadi lahh rm450. kalau bulanan rm250, jadi lahh rm200. faham? takut pulak aku terangkan korang tak faham. hehe.

pasal extra kelebihan biasiswa nie? okay, macam dah mention awal awal tadi, dorang provide laptop untuk students. free laptop dik oi. walaupun bayar rm50 setiap bulan, still rm50 tu duit PenerajuEdu, so, dikira free lahh kan? :) untung kan? so, tak payah risau dah kalau belum ada laptop, sebab confirm PenerajuEdu akan bagi.

PenerajuEdu jugak ada melantik satu NGO untuk menjaga scholarsnya. iaitu SOLS 24/7. SOLS nie lahh yang akan jaga korang nanti. apa yang dye jaga? ha ! nie, kau dengar elok elok. 1st, dorang provide free tutor. kau ada masalah dalam pelajaran? tak dapat catch up? call SOLS, cakap nak tutor untuk subjek subjek sekian. 2nd, dorang bukan cuma membantu dalam subjek akademik, tetapi jugak membantu untuk character build. dorang akan tolong kau untuk pandai communicate, pandai speaking, pandai berhubungan, tak takut apa apa rintangan, semangat kerjasama yang kuat and etc. 3rd, SOLS jugak membantu dalam kaunseling and masalah diri dan emosi. ada masalah emosi? bagi tahu kat SOLS and dorang akan tolong. so, macam mana? best tak scholarship gua?  haha. :D so, program semua nie kerap. ada college visit, weekend programme, semester break programme. :)

besides that, PenerajuEdu jugak ada melantik kat setiap kolej, seorang or dua lecturer untuk pantau scholars nye. pantau kalau kalau ada masalah pelajaran, masalah kehadiran, masalah emosi and etc. see, betapa sayangnya PenerajuEdu kat scholarsnya. :D PenerajuEdu jugak ada menyediakan program untuk students before masuk ke kolej. kira macam warm up lah. hehe. nak tahu lebih lanjut? cari dalam entry aku bertajuk Student Development Programme. 

selain tu, PenerajuEdu jugak fleksibel. lets say, kau tak boleh nak buat program persediaan ke luar negara, kau rasa tak boleh and nak buat asasi je. boleh, takde hal. walaupun kau dah satu semester dalam program persediaan. senang, call PenerajuEdu and nyatakan sebab musababnya. PenerajuEdu takkan buat sesuatu yang menyusahkan scholarsnya. :D

okay, apa lagi erk? ha, keistimewaan yang paling best !! kau akan kenal semua scholarmates kau, orang orang besar PenerajuEdu and, CEO nya sendiri ! CEO dye sangat rapat dengan kitorang. dah macam keluarga. sebab beliau pun anggap kami keluarganya. :') siap panggil dye mama, kakak, kak long and etc. nampak tak keakrabannya? and, kau akan sayang semua scholarmates kau, sebab korang akan jadi family dalam masa sebulan program. sumpah best. trust me. :') aku rindu moment untuk gather semua balek. :')

last but not least, kalau kau dapat scholarship nie, bersyukur lahh. sebab ramai yang nak, ramai yang jealous dengan kitorang. rezeki kitorang kan? so, kalau dapat, hargai kay? jangan hampakan PenerajuEdu. insyaAllah. so, ada nak tahu pape lagi? contact je lahh aku kay. kot kot lahh aku ada terlepas mana2 point penting. hehe. okay, selamat maju jaya dalam pemilihan. :)


10 comments:

  1. Hai kak ada ws tak saya nk tye 4 fther information bout pnerajuedu ni

    ReplyDelete
  2. Hai kak.saya pun nak ws jugak boleh.haha.

    ReplyDelete
  3. Hai kak.saya pun nak ws jugak boleh.haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai adik. kalau adik nak tahu pasal perkara basic tentang scholarship nie, akak boleh explain. tapi basically benda nie dah tak practical since Peneraju dah organise balik dorang punya management dan dah tak sama macam dulu :)

      Delete
  4. Saya penerima tunas potensi tahun 2016. Alhamdulillah. Sekarang belajar di UTP huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Adik jangan sia-siakan peluang yang diberi ye :) good luck in your studies :)

      Delete
  5. akak boleh saya tahu tak biasanya keputusan dia akn umum dlm tempoh brpa lama eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya dalam masa tiga minggu tapi takkan lebih dari sebulan. Best of luck ! :)

      Delete
  6. Boleh bg email x kak ?saya nk tnya tentang biasiswa ni .. Saya pon dpt jgak dkt MMU

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum akak..tumpang tanya...biasiswa ni kena bayar balik ke?sebab saya kenal with one of tge former scholars n dye cakap kna bayar balik smua jumlah biasiswa ni

    ReplyDelete